Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Ahli PEN yang budiman,
Selamat meneruskan kehidupan sebagai khalifah dan hamba-Nya yang beriman, bertakwa dan beramal. Didoakan saudara sekeluarga sentiasa dalam lindungai Allah. Amin.
Saudara-saudara yang mencipta peningkatan dalam pelbagai bidang dan hal setakat ini, alhamdulillah dan tahniah. Semoga Allah terus memberkati kalian.
Saudara-saudara yang diduga Allah, diharap terus bersabar dan didoakan semakin sihat. Allah sayang akan kita dan akan diberikan-Nya ganjaran yang lebih baik. Amin.
Dengan penuh takzim saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kalian yang bersatu padu membantu saya dan AJK mentadbirkan PEN. Bantuan, nasihat, kerjasama dan doa kalian amat kami hargai, terima kasih daun keladi. Semoga usaha kita memartabatkan bahasa, sastera dan budaya bangsa dipermudahkan-Nya. Insya-Allah.
Sekadar makluman :
i) Buku Perlembagaan Baharu (pindaan Mei 2011). Pindaan utama.yang telah diluluskan ialah hal yuran. Kini yuran ahli setahun ialah R20.00 dan yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) kekal Rm100.00 Sesiapa yang belum memiliki Buku Perlembagaan, harap dapat menghubungi urus setia PEN.

ii) Memanfaatkan Teknologi
Maklumat. PEN dalam proses menggunakan e-mel, blog
dan facebook selain telefon bimbit sebagai wadah perhubungan sesama ahli.
Langkah ini lebih menjimatkan kos dan masa berbanding cara biasa iaitu, surat
menyurat.
iii) Antologi Karya
Terbaharu.Alhamdulillah, PEN dengan kerjasama
Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara Negeri Sembilan terlah berjaya menerbitkan Gema Serunai Hati 10: Adat Perpatih Keunikan
Negeri Sembilan (selenggaraan Sabarriah Shukur).
~Pelancarannya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamed Adnan bin
Haji Hamzah, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan pada 26
November 2011.
~Sempena Mesyuarat Agung ke-35 nanti, saudara akan mendapat antologi tersebut, insya-Allah.

iv)Rancangan Penerbitan
2012. PEN merancang menerbitkan dua antologi karya
ahli. Pertama ialah Buku Kanak-kanak (puisi, cerpen dan novel) dan antologi
Haiku. Ahli yang berminat sila hubungi Puan Nisah Haron (Buku Kanak-kanak) dan
Datin Sabarriah Shukur untuk antologi Haiku.
Kita berjumpa pada majlis
Mesyuarat Agung PEN yang ke-35 nanti, insya-Allah.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Mahaya Mohd.Yassin
Ahad, 21 Safar 1433/ 15 Januari 201
Ahad, 21 Safar 1433/ 15 Januari 201
No comments:
Post a Comment