Friday, December 13, 2013

GEMA PUISI SEMARAK BAHASA 
BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2013 
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Ahli PEN, deklamator, peminat dan pencinta bahasa dan persuratan tanah air.
Pertandingan Deklamasi Puisi
Tarikh tutup penyertaan: 20 Disember 2013 (borang)
Tarikh pertndingan: 28 Disember 2013 (Sabtu: pagi, saringan. Petang, akhir)
Tempat: Dewan Dato' Hassan Ahmad, DBP, Kuala Lumpur.
Puisi-puisi ditetapkan oleh Urus Setia (daripada Pohon Tradisi, Gapeniaga Sdn. Bhd.2012)


Saturday, December 07, 2013

Assalamualaikum Ahli PEN
Tindsakan segera!
Pihak Perbadanan Intelek Malaysia (PIM) memaklumkan bahawa Kejaraan melalui PIM memberi Kad Diskaun 1 Malaysia (KD1M)/ Kad Skuad Pengguna melalui Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KKPDNKK) kepada penggiat seni dan pengkarya dan pengkarya yang beerdaftar di bawah mana-mana persatuan seni.
Tuan/Puan silalah
e-melkan kepada saya sebelum 14 Disember
1) Nama Penuh
2) No.Kad Pengenalan
3) Alamat
4) E-mel
5) No. Telefon bimbit
6) Nama singkat pada kad

 Mahaya ~ mahaya_es@hotmail.com

Terima kasih

Monday, November 18, 2013

PERSIDANGAN PERANCANGAN BAHASA



PERSIDANGAN PERANCANGAN BAHASA
"Ideologi Bahasa Kebangsaan"
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

Tarikh: 10 dan 11 Disember 2013, 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Dato' Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Urus setia: 03-21483025/3039/3027
Faksimile: 03-21445727

Saturday, November 16, 2013

Thursday, November 07, 2013

Bengkel 'Daripada Tesis Kepada Buku', Penulisan Buku Ilmiah dan Buku Umum DBP

Assalamualaikum,
Bengkel yang amat bermanfaat.
AJK dan ahli yang berminat dan berhajat untuk ikut serta, mohon hubungi saya segera.



Sunday, November 03, 2013

Sayembara Deklamasi Sajak Patriotik 2013 (Kementerian Komunikasi dan Multimedia)

SAYEMBARA DEKLAMASI SAJAK PATRIOTIK 2013
anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Tarikh: 23 dan 24 November 2013 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: Dataran Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
Hadiah: Tempat Pertama RM 3000.00
              Tempat Kedua RM 2000.00
               Tempat Ketiga RM 1000.00
               Hadiah Sagu hati RM 500.00 (7)
               Hadiah Khas Bukan Bumiputera RM 500.00

Borang, syarat dan sajak seperti berikut:



Thursday, October 24, 2013

Pementasan Apresiasi Seni 2013

LEGASI MUZIKAL BONGAI 3 DIMENSI

anjuran bersama Kerajaan Negeri Sembilan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
pada: 1 & 2 November 2013 (Jumaat & Sabtu), jam 8.30 malam
di Auditorium D'sury, JKKN Negeri Sembilan

Tiket RM5.00 seorang, sebagai inisiatif membantu Kumpulan Perantisan Bongai Seri Tengkek.
~Pementasan mengangkat martabat seni tradisi negeri iaitu 'Bongai'
~penampilan kreatif dengan suntikan elemen teknologi 3 dimensi
~Penampilan istimewa artis Waris dengan lagu bongai kontemporari

* undangan untuk semua pencinta budaya bangsa
* Ahli PEN 10 orang (10 yang awal mengesahkan kehadiran melalui PM saya)
  akan dibiayai oleh PEN
 Tempahan tiket dan pertanyaan: 06-7636308/06-7634417

Jemputan daripada Tuan Mohd.Radzi Omar
Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sunday, October 06, 2013



PELUANG UNTUK MENCABAR DIRI
Sayembara Menulis Novel Sains Angkasa 2013/2014
anjuran DBP dengan kerjasama Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)




Friday, September 27, 2013

JEMPUTAN TERKINI

1)  Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2013,
       Peringkat Negeri Sembilan (Saringan)
     Anjuran: Negeri FM, PPANS, PEN 
     Tarikh:  5 Oktober 2013 (Sabtu), 3.00 petang
     Tempat: Terminal 1, Seremban.
    
      *Penyertaan: GAPENA: 03-21442412/PEN: 06-6778359/Negeri FM: 017-3190846
        Mohon segera dapatkan puisi pilihan - FB GAPENA

2)   Syarahan Za'ba: Za'ba Pejuang Kemerdekaan
     (sempena dengan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan
      Peringkat Negeri Sembilan 2013)
     Anjuran: Kerajaan Negeri
     Tarikh: 10 Oktober 2013 (Khamis), 9.30 pagi
     Tempat:  Dewan Pendeta Za'ba, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir.
     Tokoh Penyampai: YBhg. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin,
      Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM
      Pengesahan Kehadiran: 06-7631149 (sebelum 9 Oktober)   

3)  Seminar Perpaduan Ummah dalam Peradaban Malaysia
     Anjuran: UPSI, Majlis Profesor Malaysia, DBP, GAPENA
     Tarikh: 1 dan 2 Oktober 2013 (Selasa dan Rabu)
     Tempat: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, UPSI, Tanjung Malim, Perak.
     Keterangan Lanjut: GAPENA 03- 21442412/019-3196560, (segera)

Friday, September 20, 2013

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2013 Peringkat Negeri Sembilan (Saringan)

Assalamualaikum,
Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2013, Peringkat Negeri Sembilan (Saringan)
Tarikh: 5 Oktober 2013 (Sabtu), jam 3.00 petang
Tempat: Terminal One, Seremban (sempena dengan Pesta Buku)
Anjuran bersama: Negeri FM, PPANS dan PEN (GAPENA)
Puisi: dalam paparan GAPENA (disertakan di sini)/ di Negeri FM/PEN
Pendaftaran: mohon isi borang sebelum 2 Oktober 2013 dan serahkan kepada Negeri FM/PEN
Juara deklamator akan mewakili NS ke peringkat Kebangsaan pada 25 - 26 Oktober 2013 di Perlis.
Terima kasih,


Pautan 

Wednesday, September 04, 2013

JEMPUTAN UNTUK AHLI DAN SEMUA

Jemputan daripada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
Majlis Wacana La Tahzan inna Allah ma'ana
(Jangan Bersedih, Allah Bersama-sama Kita)
oleh: YBhg. Dr. 'Aidh al-Qarni,
Penulis Buku "The Best Seller", La Tahzan

di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP
pada 8.30 malam, Sabtu, 7 September 2013

Mohon sahkan kehadiran sebelum/pada 6 September:
03-21482286/3203//2954

Wednesday, August 28, 2013


Jemputan untuk semua



PESTA ADAT BUDAYA DAN TRADISI NEGERI SEMBILAN 
                                    ~  OLEK RAYA  ~
Tarikh:    29 Ogos 2013 (Khmis)
Masa:     10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:  Kompleks JKKN NS & Lembaga Muzium,
               Jalan Sungai Ujung, Seremban.
Perasmian oleh: YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Friday, August 16, 2013

UNDANGAN MENYERTAI HARI SASTERA XVI - GAPENA

HARI SASTERA XVI
Anjuran: GAPENA bersama-sama Kerajaan Negeri Sarawak,
Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak
dan Dewan Bahasa dan Pustaka

Pada: 6 hingga 8 September 2013
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak

Majlis Perasmian; YAB Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak
6 September 2013 (Jumaat), jam 8.00 malam
Tema: Sastera Melayu dalam Hubungannya dengan sastera Dunia
Pembentang: Tokoh tersohor dari Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam & Malaysia


Berminat? Segera hubungi Tuan Haji Abdul Aziz Mohd. Ali - 019-3196560

Thursday, June 20, 2013

UNDANGAN KE MAJLIS ILMU

Majlis Bersama-sama Sasterawan Negara Dato' Haji Baharuddin Zainal (Baha Zain)
pada: 25 Jun 2013 (Selasa), jam 9.45 pagi
di Dewan Seminar Dato' Hassan Ahmad, DBP

Maklum balas kehadiran: Puan Kartini 03-21483540

Tuesday, June 11, 2013

SASTERA KANAK-KANAK

(~PERSIAPAN UNTUK MENEMPAH TIKET KE BOLOGNA DAN KE AFCC 2014)
Jemputan (khasnya untuk ahli PEN dan semua)
 

Syarahan Umum anjuran MBBY
 
"Transformasi Sastera Malaysia Dalam Konteks Sastera Kanak-kanak"
oleh YBhg. SN Dato' Baha Zain.
 
di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM
 
pada: 22 Jun 2013 (Sabtu), pukul 10.00 pagi.

 

Monday, June 03, 2013

Tambah Ilmu dan Kemahiran

Bengkel Adaptasi Karya Sastera ke Drama Pentas
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
pada 18 dan 19 Jun 2013, di DBP
Yuran: RM 100.00 sahaja
Hubungi: Encik Basri; 03-21482880

Friday, May 31, 2013

Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dengan sukacitanya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pengurniaan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) kepada Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

PEN juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sasterawan Negara Baha Zain, SN ke-12 kita.

Saturday, May 18, 2013

MAKLUMAN PENTING  UNTUK TINDAKAN SEGERA
(Ahli PEN)

1.  Dana Penulis. 
Karya terbitan 2013 layak dimajukan kepada Perpustakaan Negara untuk pertimbangan dana penulis. Ahli PEN yang ada karya baharu, sila hubungi saaya atau  tinggalkan pesanan di pm saya segera.

2. Jemputan
a)Bicara Karya Baha Zain,
22 Mei 2013, Rabu (9.00 pagi - 12.30 tengah hari) di DBP. Ucap Utama oleh YBhg. SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh. Pengesahan kehadiran- Puan Nor Atikah Buang 03-21482892

b) Program Bicara Ilmiah Adat: Adat Perpatih dan Adat Temenggung;  Transformasi ke Arah Keutuhan Bangsa,
23 Mei 2013, Khamis (8.30 pagi - 1.00 tengah hari) di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan, Seremban. Panel/moderator - Prof. datuk Dr. Samsul Amri, YBhg. Dato' Wira Dr. Abdul Latif Abu Bakar dan YBhg.Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah. Pengesahan kehadiran; 03-7676793

3. Dialog Borneo-Kalimantan 11
Tarikh: 27-29 Jun 2013 di Wilayah Persekutuan Labuan, anjuran GAPENA, PERWILA dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah, KPKK Perbadanan Labuan dan JPWPL
Penginapan disediakan, pengangkutan sendirian berhad. Yang berminat, mohon hubungi saya segera.


Sunday, May 12, 2013

MAJLIS PELANCARAN BUKU ELEKTRONIK

Jemputan untuk semua
penulis dan pelukis, AJK PEN, ahli PEN,
pendidik, penulis, penggiat bahasa, sastera dan budaya, sarjana, peminat dan pencinta ilmu,.


Majlis Pelancaran Buku Elektronik 'Koleksi Karya Negeri Sembilan'
dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
(sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan)

Tarikh:   17 Mei 2013 (Jumaat)
Masa:     11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat:  Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan
Tamu:     YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan,
Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan merangkap Ketua Dua GAPENA

'Koleksi Karya Negeri Sembilan' menghimpunkan karya-karya penulis Negeri Sembilan.
Pelancaran karya kreatif yang menasik hasil Bengkel Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-kanak (anjuran KB, PEN dan Galeri Yusof Gajah, 2012 di Seremban)

Bawalah keluarga anda bersama-sama.

Bahasa dan Sastera berpisah tiada!
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya!

Monday, April 29, 2013

AHLI PEN ~ JEMPUTAN TERBAHARU



Mohon tindakan segera!

SEMINAR PEMIKIRAN SASTERAWAN NEGARA ANWAR RIDHWAN
Tarikh:  2-3 Julaiu 2013 (Selasa dan Rabu) 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat:Dewan Seminar Dato' Hassan Ahmad, Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur

Mohon hubungi: Puan Niarwati 03-21482345/ w_niar@dbp.gov.my
                            Puan Fathenwan 03-21483113/fatenwan@dbp.gov.my
Faks: 03-21415702                             

Tuesday, April 09, 2013

Jemputan untuk semua penulis


JEMPUTAN

Majlis Ramah Mesra Penulis Bersama-sama YAB Timbalan Perdana Menteri
anjuran: DBP & ITBM
tarikh: 15 April 2013 (Isnin)
masa: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ( selepas itu Dialog hingga 1.00 tengah hari)
tempat: Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Penulis Negeri Sembilan mohon hubungi saya atau Puan Nisah Haron,  atau maklumkan melalui peti masuk di FB segera. Terima kasih.

Tuesday, April 02, 2013

Makluman dan tindakan semua ahli PEN

Mohon perhatian dan tindakan
semua ahli PEN yang budiman

1)  Mesyuarat Agung GAPENA ke-42 dan Hari Puisi Nasional XIX
     pada 10-12 Mei 2013, di Hotel Vistana dan IPG, Kampus Pulau Pinang

2) Dialog Utara ke-12
    pada 24-27 Mei 2013 di Medan, Indonesia

3) Dialog Borneo-Kalimantan 11
    pada 27-29 Jun 2013, di Labuan

Untuk 1) dan 2): mohon hubungi Ketua Satu PEN dan Tuan Haji Aziz 019-3196560 (sebelum 15 April)
Untuk 3): mohon hubungi Ketua Satu Perwila Dr. Harun Haji Pudin, 013-8511234

Friday, March 15, 2013

ANUGERAH SASTERAWAN NEGARA KE -12 

Alhamdulillah dan tahniah!
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada Sasterawan Negara (SN) ke-12 YBhg. Dato' Baha Zain.

Wednesday, March 06, 2013

Monday, February 18, 2013

Jemputan Terkini

Program Pengkisahan Sejarah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam NS
Tajuk:  Institusi Diraja: Adat dan Protokol
Tempat:  Hotel Sutra, Seremban 2
Tarikh: 21 Februari 2013 (Khamis), jam 8.30 pagi

Sunday, February 17, 2013


Pertama, kita lafazkan alhamdulillah,
Majlis kita diperkenankan Allah,
Semoga semua memanfaatkan wadah,
Kegiatan kita biarlah sebagai ibadah.

Bicara Karya perbincangan murni,
Veteran dan muda saling berkongsi,
Bahasa dan sastera wangian nubari,
Menyemarak bakat dan jati diri.

Mesyuarat  Agung ke-36 pula,
Diserikan Majlis Bersama-sama GAPENA,
Pertemuan dari mata turun ke sukma,
Insya-Allah, mantap dan kental institusi kita.

Aduhai hadirin yang memeriahkan acara,
Tetamu, penulis, pendidik & ahli semua,
Sekalung tahniah dan terima kasih jua,
Budi terpahat berabad lama.

Kepada pembicara yang bijak bestari,
Terima kasih daun keladi,
Pencerahan berkualiti amat dihargai,
Meningkatkan ilmu dan kemahiran kami.

Tuan Pengarah dan para sahabat di Raja Melewar,
Budi kalian semerbak mekar,
Membantu PEN ‘tika senang dan sukar,
Semoga jalinan mesra dan tekal.

Media & AJK PEN tidak dilupakan,
Budi disemai segunung intan,
Kerjasama erat semoga berkekalan,
Kita membina generasi jempolan.

Sekilas Bicara berundur diri,
Mohon maaf atas kekurangan kami,
Yang baik sebar-sebarkanlah nanti,
Yang kurang tinggalkanlah di sini.

Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik walhidayah
Assalamualaikum warahmatullah.

MAHAYA MOHD.YASSIN 
Ketua Satu
(Mesyuarat Agung PEN ke-36. 17 Feb.2013, di IPRM)

Friday, February 15, 2013

Tuesday, February 12, 2013

JEMPUTAN DBP

WACANA PERPADUAN UMMAH
19 Februari 2013 (Selasa) jam 9.30 pagi - 5.00 petang
di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP
Pengisian: Titah Diraja ~  DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan,
          Raja Dr. Nazrin Shah bin Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
 & Forum Perpaduan Ummah.
Panel: YBhg. Tan Sri Dato' Seri Arshad Ayub
           YBhg. Prof. Dato' Dr. Sidek Baba
           YBhg. Encik Anas Zubedy
Moderator: YBhg. Dato' Seri Mohd. Annuar Zaini

Pertanyaan ~ En. Ridzwan Ismail 03-21482960/Pn.Rohani Hashim 03-21483203

Monday, February 11, 2013

JEMPUTAN TERBAHARU!

Ceramah Penerbitan Buku Kanak-kanak dan Remaja DBP

Tarikh:  14 Februari 2013 (Khamis) jam 9.30 pagi
Tempat: Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara DBP
Tajuk: Memartabatkan Karya Kanak-kanak Tempatan ke Peringkat Antarabangsa
Penyampai: Encik Ahmad Reza Ahmad Khairuddin,
                    Persiden The International Board on Books for Young People (IBBY)

Keterangan Lanjut: Puan Marsilawati 03-21482082/ Puan Azihani 03-21485276

Sunday, February 03, 2013

Jemputan

Mesyuarat Agung PEN ke-36, Bicara Karya dan Dialog GAPENA Bersama-sama Kerabat.

.

Wednesday, January 16, 2013

SEGERA!
JEMPUTAN MAJLIS PELANCARAN BUKU GARIS PANDUAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA MASSA

Tarikh: 21 Januari 2013 (Isnin)
Masa:   11.00 pagi
Tempat; Dewan Cendekiawan IPPTAR
Tamu:   YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Kebudayaan dan Kebudayaan Malaysia
Pengesahan Kehadiran: Puan Baidatul 03-22957410


PELUANG BERKECIMPUNG DALAM BIDANG BAHASA DAN SASTERA

~ Tawaran kepada ahli PEN (Ahli Seumur Hidup dan ahli biasa)
~ Sebagai juruhebah pembantu sekali gus, pembimbing, mewakili PEN
~ Rancangan langsung 'Pantun Berjawab' bersama-sama Encik Abdul Raof Abd. Rahman
~ Pada setiap Rabu, jam 8.00 malam hingga 9.00 malam
~ Di Negeri FM, Kompleks Penyiaran, Sungai Gadut
 ***Berminat? Sila hubungi PEN segera