Friday, September 21, 2018

MERAIKAN SETENGAH ABAD PEN: AMANAH DAN SUMBANGSIH PEN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA DAN PERSURATAN BANGSA

(20 September 2018, di SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah)

Alhamdulillah, sekelumit perkongsian kami dalam Forum PEN di Karnival Kerjaya dan Pesta Buku Kuala Pilah. Semogo golongan pelapis berasa tergugah, terpikat dan menyertai perjuangan BBK bahasa dan persuratan.

Ketua Satu;
* PEN pelaksana amanah melunasi tiga matlamatnya, sejak ditubuhkan pada tahun 1968.

* Sumbangsih PEN
1) Pendidikan Pelajar. Majalah "Suria", bimbingan peperiksaan; ceramah/bengkel penulisan kreatif; "Sekolah Angkat PEN".

2) Penerbitan Karya
Sejak 1970 hingga kini, puluhan karya ahli diterbitkan secara istiqamah.

3)Kerjasama di radio dan pihak swasta
Di Negerifm-Sari Bahasa, Diskusi Sastera, Pantun Berjawab, deklamasi puisi; Utusan Sukma: Sepagi Bersastera 2009/2010.

4) Sastera Kanak-kanak
Fokus sejak awal, terbit banyak karya, diskusi, bengkel dan penerbitan; Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak PEN-NAMINARA 2016, perlongsian silang budaya Malaysia-Korea Selatan; Jerayawara PEN 2018 (Kedah, N. Sembilan, Kelantan, Johor, Putrajaya, UPM, Melaka, Miri.

5) Anugerah Sastera Negeri Sembilan, 2004, 2005, 2007, 2015, 2017.

6)Pengiktirafan
Penulis PEN memenangi hadiah/anugerah di Malaysia dan luar negara;
pengurniaan bintang kehormatan; penerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2017 Kategori Persatuan.

Puan Nor Azah: produk PEN: pendedahan dan penglibatan dengan PEN ketika di tingkatan 6, TKC; perjuangan dan pencapaian PEN menginspirasikan dan mendorong usaha dan kerjaya sebagai penulis, editor dan konsultan penerbitan.

Moderator Tn.Hj. Zaid Mad Zaid Md Saman; antara penulis PEN yang berjaya -Tn. Hj. Abd. Latib Talip.

Ketua Satu PEN,
Jumaat, 11 Muharam 1440H/21 September 2018.

Pengetua, pendidik, para pegawai, pelajar dan orang ramai.


Suntikan kuiz dan kemahiran bahasa untuk merancakkan majlis. Pelajar teruja dan bermotivasi.

Puan Nor Azah Abd. Aziz (Konsultan Penerbitan) berkongsi pengalaman. Di kanan sekali, Moderator Tuan Haji Zaid (Ketua Dua)

Penyampaian buku-buku PEN untuk perpustakaan sekolah.

Ceria dan santai...

Sudut pameran dan jualan buku PEN

Monday, March 12, 2018

JAWATANKUASA PEN 2018-2019

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) telah dilaksanakan hari ini, 10 Mac 2018 (Sabtu) di Dewan Seminar Za'ba, JKKNNS.

~ Perkongsian Bestari mengetengahkan ulasan "Buku" kumpulan puisi kanak-kanak oleh Mahaya Mohd.Yassin oleh Prof Madya Dr. Ani Omar.
~ Ulasan kedua berdasarkan antologi puisi "Monolog Alam" pula oleh Dr. Wan Zaliha Wan Othman.
~ Tuan Haji Hamzah Hamdani (Setiausaha Satu GAPENA
yang kini di Sabah, membicarakan hal Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Ulasan beliau disampaikan oleh Encik Faizal Said.

~ Acara santai minda sambil memercikkan ilham dan motivasi ialah Pelancaran 12 karya baharu PEN.


~ Acara yang dinanti-nantikan ialah penyampaian ucaptama dan perasmian majlis oleh Prof. Dr. Zakaria Ali, Sasterawan Negeri Sembilan. Bicara beliau berkaitan dengan "Tulisan Bernas" menjanakan kesedaran dan semangat agar penulis berkarya berasaskan kebernasan, "clarity".


~ Keputusan Mesyuarat Agung ke-41
Ketua Satu: Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin.
Ketua Dua: Tuan Haji Zaid Md Saman
Setiausaha Satu YBhg. Dato' Hajah Sabarriah Shukur
Setiausaha Dua: Dr. Norhana Bt Bakhary
Bendahari: Cik Norziati Rosman
Ahli Jawatankuasa:
Prof. Madya Dr. Ani Omar.
Encik Faizal Said.
Puan Zalila Isa
Puan Noorhazlin Yahya
Encik Yusof Gajah
Dr. Khairil Idham Ismail
Puan Nor Azah Abd. Aziz.
Puan Juarina Hassan.

Pemeriksa Kira-kira:
Puan Siti Salbiah @ Tiras Raduan
Puan Norazlina Othman.


~Kepada AJK dan semua yang membantu dari dahulu, kini dan akan datang, terima kasih seikhlas hati kerana berkorban untuk bersama-sama PEN dalam memartabatkan bahasa dan persuratan bangsa.

~Semoga semua usaha kita berbuah menjadi dakwah dan ibadah. Insya-Allah.

Mahaya Mohd.Yassin,
Sabtu, 22 Jamadilakhir 1439H/10 Mac 2018