Monday, February 06, 2012

Notis Mesyuarat Agung PEN ke-35


Ruj.Kami:PEN.S1/12(2)
23 Safar 1433H
26 Januari 2012
Kepada:                                                                                      

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PEN KE-35

Dengan penuh takzim Dato’/Datin/Tuan/Puan dijemput ke mesyuarat yang di atas pada butiran yang berikut : 

Tarikh : 4 Rabiulakhir 1433/26 Februari 2012 (Ahad),
Masa  : 8.30 pagi, 
Tempat : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan Seremban

2.  Atur cara majlis adalah seperti yang berikut:

8.30 pagi:     Pendaftaran
9.00 pagi:      Wacana Ilmu: ‘Warisan Ibunda: Membina Jati Diri dalam Sastera Budaya’ oleh Budayawan-Sasterawan Prof. Dr. Hajah Siti Zainon Ismail

10.30 pagi:    Mesyuarat Agung PEN ke-35
                      Agenda:
·         Ucapan Ketua Satu
·         Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-34
·         Pembentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan 2011
·         Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2011
·         Pemilihan Jawatankuasa PEN 2012 - 2013
·         Pembentangan dan Perbahasan Usul
·         Ucapan Penangguhan

3. Sila sahkan kehadiran dan kemukakan usul secara bertulis sebelum 15 Februari 2012.
Kerjasama dan kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai. Terima kasih.

“MENDIDIK & MEMUGAR BAHASA, SASTERA & BUDAYA BANGSA”
Yang menjalankan tugas,

t.t.
(DATIN HAJAH SABARRIAH SHUKUR)
Setiausaha Satu

Peta ke JKKN. Klik pada peta untuk paparan yang lebih jelas.

2 comments:

Leyla Shuri said...

Assalamualaikum Puan Mahaya dan ahli-ahli PEN yang lain,

Hati ingin bersama dalam mesyuarat Agung ini, apakan daya hajat tidak kesampaian.
Semoga semulanya berjalan dengan lancar.

wassalam.

Nisah Haji Haron said...

Alaikumussalam Puan Leyla,

Semangat puan ada bersama-sama kami!
Terima kasih atas doanya.

-Nisah Haron