Buat seketika, saya menjadi pencinta air suam yang setia.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Apa yang saya takuti, tidak menjadi kenyataan pada malam itu. Rasanya, saya dan Mya Marja yang mewakili PEN dalam persembahan deklamasi puisi sudah memberikan yang terbaik. Terima kasih yang tidak terhingga kepada jawatankuasa program, khususnya sdr Azman Kurawi yang menyediakan segala keperluan dan memenuhi apa sahaja permintaan kami. Ternyata tenaga produksi yang mantap menjadi nadi kepada kelancaran program pada malam tersebut.
Program Kenduri Bahasa merupakan penutup kepada Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) peringkat Negeri Sembilan. Pembukaan program ini berlangsung di Seremban. Barangkali, pemilihan Lonek sebagai tuan rumah untuk acara penutupan merupakan satu kelainan yang ingin dibuat pada tahun ini. Langkah ini merupakan suatu harus dipuji. Sesekali, biarlah masyarakat desa dan luar bandar pula mendapat peluang menunjukkan rasa cinta mereka kepada bahasa ibunda.sumber : Faizal Said Online
1 comment:
Tahniah kepada PEN kerana sumbangan dalam acara Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) peringkat Negeri Sembilan.
Gembira amat kerana deklamator muda PEN mula menunjukkan taring mereka. Nanti, anak-anak didik boleh juga ditampilkan.Bukankah semuanya berbakat?
Dalam mesyuarat BBK yang pertama di SUK, saya sempat menyarankan agar Kenduri Bahasa di Lonek disepadukankan dengan majlis mengenang Pendeta Za'ba, tokoh kebanggaan kita, memandangkan Teratak Za'ba dan Inap Desa Lonek berhampiran.
Sayang,tahun ini PEN tidak sempat melancarkan antologi karya ahlinya. Pada tahun lalu, kita gah melancarkan Gema Serunai Hati 9: Negeri Sembilan Negeriku Gemilang di padang MPS pada majlis perasmian BBK, Negeri Sembilan.
Tahniah dan terima kasih AJK PEN dan semua ahli. Teruskan kecemerlangan!
Post a Comment