Sunday, September 13, 2015

KEGIATAN PEN BERSEMPENA DENGAN MESYUARAT AGUNG KE-38, 2015



Alhamdulillah. Mesyuarat Agung (MA) PEN yang ke-38, pada 28 Februari 2015 (Sabtu) di SMK Seremban Jaya 2,Negeri Sembilan, berlangsung dengan meriah dan jayanya.

Bersempena dengan MA tersebut, tiga kegiatan besar telah dapat dilaksanakan dengan memperoleh sambutan yang amat merangsangkan. Lebih 340 orang hadirin yang terdiri daripada pendidik, penulis, ketua jabatan, pelajar serta peminat bahasa dan persuratan hadir. Turut diadakan ialah pameran dan jualan buku oleh DBP, ITBM dan penerbit swasta yang lain.

Antara tamu ialah YBhg. Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Encik Abang Patdeli bin Muhi, Pengarah DBPWtgh., wakil ITBM dan wakil Pengetua SMK Seremban 2 sendiri.

Dalam  kata alu-aluan beliau, Ketua Satu turut mengumumkan bahawa SMK Seremban 2 telah dijadikan Sekolah Angkat PEN.


1)  Wacana Bahasa

Tepat jam 8.40 pagi, YBhg. Dr. Awang  Sariyan telah hadir (awal) untuk menyampaikan ucap utama beliau, setelah Keua Satu menyampaikan Ucapan Alu-aluan. Tajuk Wacana Bahasa pada kali ini ialah "Aspek Nilai Sebagai Komponen Teras dalam Pendidikan Bahasa dan Strategi Pengajarannya"
Kupasan beliau amat menarik dan bermanfaat. Khalayak diajak untuk sama-sama memikirkan dan mengamalkan penguasaan bahasa Melayu yang betul dan baku sepanjang masa.


YBhg. Datuk Dr. Awang bin Sariyan dengan tajuk yang amat releven.


Encik Razak Husin (Sarang Tempuan di Taman Ayah), Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin (Pesanan Pendeta) dan Puan Mas Ruhaiza Ali (Suteki Da Ne Aleena) sempat beramah mesra dengan tamu undangan. Karya mereka bertiga turut diperkatakan dalam Bicara Karya pada pagi tersebut.


Antara khalayak yang turut hadir.




2. Bicara Karya

 Bicara Karya, Cik Norziati Rosman (pembicara), Puan Nisah Haron (pembicara), Encil Mohd.Faizal Said (Pengerusi) dan Encik Zainal bin Kadir (pembicara).






Penulis-penulis bersama-sama karya masing-masing bergambar bersama-sama pembicara serta tetamu undangan.


Penyampaian cenderamata; ada ubi ada batas, ada budi ada balas.


3. Mesyuarat Agung

Mesyuarat Agung PEN yang ke-38 berlangsung di Bilik Perpustakaan SMK Seremban 2. Tuan Haji Hamzah bin Hamdani (Setiausaha GAPENA) mewakili GAPENA turut hadir.
Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-kira bergambar bersama-sama wakil GAPENA.



4. Sesi Bercerita Teknik Kamishibai

Ketika Mesyuarat Agung berlangsung, khalayak pelajar turut dihiburkan dengan sidang Bercerita Teknik Kamishibai di Dewan Besar, oleh Puan Mazni Md Ramly. Teknik ini bermula dan masyhur di negara Jepun.



Sesungguhnya, PEN merakamkan ucapan terima kasih kepada pihakYBhg. Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP, para tamu, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah, SMK Seremban 2, Pembicara, pendidik pelajar, penulis, AJK serta pelajar SMS 2 yang menjayakan majlis PEN ini. Semoga kerjasama nan erat dan padu ini akan berterusan.

No comments: