Sunday, July 05, 2015

Bengkel Intensif Seni Bercerita dalam Travelog - Siri #1

Assalamualaikum tuan/puan,

Mutakhir, genre penulisan buku kembara @ travelog sudah mula mendapat tempat dalam kalangan pembaca. Sementara kita meraikan minat baharu pembaca, masih ada beberapa penambahbaikan kepada seni penulisan buku kembara sedia ada. Terdapat buku yang terlalu terperinci seperti sebuah buku teks sejarah, ada pula yang meninggalkan terlalu banyak peristiwa, tidak kurang juga yang tidak dapat berekspresi dengan baik.

Justeru, Nisah Haron, yang telah menulis buku "Kembara Sastera Nisah Haron" dan beberapa artikel kembara yang lain, sedia berkongsi tip dan panduan untuk penulis yang berminat dalam genre ini.
Penyertaan diutamakan kepada calon yang:
  1. Sudah ada bahan kembara
  2. Mempunyai manuskrip, tetapi belum lengkap (atau hampir siap)
  3. Sudah memulakan penulisan (sekitar 3 - 4 bab)
  4. Serius
  5. Ada pengalaman / asas menulis
Pengisian:
  • Pengenalan penulisan travelog
  • Teknik mengumpul bahan-bahan kembara
  • Teknik menyusun fakta dan peristiwa
  • Cara menyusun bab yang menarik
  • Seni bercerita: fakta vs. kreativiti
  • Membina unsur dramatik dalam penulisan
  • Memasukkan emosi dan pemikiran dalam travelog
  • Slaid/bahan edaran disediakan
  • Sebuah cenderamata buku sumbangan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
  • Sijil penyertaan
Penginapan (jika perlu) dan berbuka puasa atas urusan peserta.

Butiran bengkel adalah seperti yang berikut:
  • Tarikh: 11 Julai 2015 (Sabtu)
  • Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang (3 sesi - 2 sesi pagi, 1 sesi petang)
  • Tempat: Bilik Mesyuarat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan
  • Kompleks JKKN NS, Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban.
  • Pembimbing: Nisah Haron - Penulis buku Kembara Sastera Nisah Haron": United Kingdom & Dublin" (ITBM, 2012)
  • Pelaburan anda: RM200 sahaja
  • Tempoh bengkel: Satu (1) hari
Terhad kepada 20 orang peserta yang diluluskan pembimbing.

E-melkan bahan yang sudah ditulis (1 - 2 bab sahaja) kepada nisah.haron@gmail.com sebelum atau pada 9 Julai 2015.

  • Sertakan:
  • Nama penuh:
  • Alamat surat menyurat:
  • E-mel:
  • Nombor telefon (rumah/pejabat/telefon bimbit):
Bagi yang bersetuju, mohon jelaskan separuh bayaran (RM100) ke akaun Maybank 1550 1525 0850 atas nama Nisah Haron, manakala bakinya pada hari pendaftaran.

Program ini anjuran bersama:




















Sehingga bertemu sewaktu bengkel, insya-Allah.

Terima kasih.


No comments: