Tuesday, January 12, 2010

Ceramah Hak Cipta


Dipetik dari blog Puan Nisah Haron :

Sempena Mesyuarat Agung PEN yang akan berlangsung pada 17 Januari 2010 (Ahad), saya telah diundang untuk menyampaikan ceramah Penulis & Hak Cipta.

Tempat : Asrama D'Ark, Taman Sri Kasih, Senawang.

Atur cara :

8.30 pagi: Pendaftaran

9.00 pagi: Ceramah Penulis dan Hak Cipta oleh Puan Nisah Haron

Walaupun ceramah ini dianjurkan oleh PEN, sesiapa yang berminat boleh hadir ke majlis tersebut. Ini peluang keemasan. Selalunya, saya mengadakan ceramah Hak Cipta yang berbayar. Kali ini tiada yuran dikenakan.

Jika ada sebarang persoalan mengenai hak cipta yang perlu saya perjelaskan, boleh tinggalkan di ruangan komen. Saya akan masukkan ke dalam ceramah itu kelak, insya-Allah.

1 comment:

Radzali said...

Assalamualaikum Puan Nisah,
Mohon dijelaskan tentang proses atau nasihat untuk memastikan sesebuah karya kita itu adalah hak kita sebagai penulis asal, bagaimana cara untuk menuntut hak kita itu? Bagaimana pula tentang hak penulis dari segi bayaran royalti dari pihak penerbit bagi sesebuah karya, bagaimana bentuk perjanjiannya?. Terima kasih