Friday, April 03, 2009

Bengkel Penulisan Puisi Intensif PEN-JKK 2009

Dengan penuh takzim perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan (JKKNS) akan menganjurkan bengkel yang di atas untuk memantapkan bakat dan pengetahuan dan menghasilkan bahan bacaan kreatif yang berkualiti.

3. Bengkel yang dilaksanakan sempena Ulang Tahun PEN ke-40 dan bertemakan ‘Keunikan Budaya Pemantap Insan Mulia’, akan diadakan di JKKNS dan dilaksanakan seperti jadual yang berikut:

1. Bengkel Pertama: 8.30 pagi – 4.30 petang,11 April 2009 (Sabtu);
2. Bengkel Kedua: 8.30 pagi – 4.30 petang, 30 Mei 2009 (Sabtu);
3. Penghasilan Karya:1 - 30 Mei 2009.
4. Penyemakan: Jun 2009.
5. Penerbitan: Julai 2009.

4. Tuan dipelawa menyertai bengkel ini dan disyaratkan memenuhi dan mematuhi perkara yang tersenarai;

  • berpengalaman/berbakat
  • pernah menghasilkan puisi
  • setelah tamat berbengkel, peserta wajib menghasilkan sejumlah puisi
  • peserta memberi izin terbit puisi yang terpilih untuk antologi PEN-JKK
  • antologi akan diterbitkan oleh pihak Urus Setia
  • yuran penyertaan sebanyak RM 30.00 (ahli biasa) dan RM 20.00 (Ahli Seumur Hidup) atas nama Bendahari PEN

5. Sila e-mel maklumat seperti yang diminta di bawah dan hantar kepada Urus Setia di pejabat PEN sebelum 7 April 2009 (atau menelefon 06-677 8359 - Puan Mahaya)

Segala kerjasama tuan dalam memerkasa bahasa, sastera dan budaya negara didahului dengan ucapan terima kasih.

“MENDIDIK & MEMUGAR BAHASA, SASTERA & BUDAYA BANGSA”

Yang menjalankan tugas,


(Datin Hjh.Sabarriah Shukur)
Setiausha Dua

***
Sila e-mel maklumat seperti yang diperlukan di bawah kepada : mahaya_es@hotmail.com
  • AHLI BIASA/AHLI SEUMUR HIDUP:………………………………………………….
  • RM30.00/RM20.00:…………………………..
  • Nama penuh:
  • Nama pena:
  • Umur:
  • No. kad pengenalan:
  • Alamat rumah:
  • No.telefon bimbit:
  • E-mel
  • Karya yang pernah diterbitkan:
  • Kursus yang pernah dihadiri:
  • Tarikh:
Peserta hendaklah mampu menyertai semua siri bengkel puisi ini bagi melayakkan penyertaan.

3 comments:

Si Kandil Hijau said...

assalamualaikum.adakah bengkel ini blh disertai oleh pelajar luar negara spt saya yang berminat dan jika blh bagaimana carannya untk menghadiri kedua2 bengkel tersebut?

Ida Ra said...

Ya Allah, saya baru buka web ni, saya terlepas untuk hadiri bengkel puisi.....saya mahu turut serta bengkel puisi dan penulisan akan datang, bolah tak?

D'Rimba said...

Salam PEN9...................