Friday, January 25, 2019

SURAT PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PEN KE-42

Assalamualaikum
semua ahli PEN (ahli biasa dan Ahli Seumur Hidup) nan budiman.

YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan diundang ke Mesyuarat Agung PEN ke-42 pada;
2 Mac 2019 (Sabtu), jam 8.30 pagi, 
di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan.

~ Bersempena dengan Sambutan Jubli Emas PEN pada mesyuarat kali ini, kita akan turut melancarkan buku khas berjudul Setitis Jadikan Laut oleh tamu khas.

~ Semua ahli biasa, dipohon menjelaskan yuran tahunan tuan puan sebanyak RM20.00 pada sesi pendaftaran nanti.

~  Semua ahli dipersilakan mengemukakan usul bertulis sebelum 25 Februari 2019.

~ Silalah sahkan kehadiran tuan puan sebelum 25 Februari 2019.

Marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab kita dalam berpersatuan, dan sekali gus membantu memartabatkan bahasa dan persuratan tanah air.

Wassalam. Terima kasih.  
 

No comments: