Mendidik dan Memugar Bahasa, Sastera dan Budaya Bangsa
Saturday, February 11, 2017
PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN ANTARA JABATAN 2016
PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN MERIAH MENCAPAI OBJEKTIF
Bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) peringkat Negeri Sembilan 2016, Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan (JKKNNS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Berbalas Pantun antara jabatan peringkat Negeri Sembilan.
Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) itu berlangsung dengan meriah dan gilang-gemilang di Auditorium D'Sury, JKKNNS. Lapan pasukan yang menyertai pertandingan disyaratkan agar menggunakan nama-nama suku Adat Perpatih.
Agar benar-benar menepati objektif penganjurannya iaitu; memasyarakatkan seni berpantun dan menjadikan wadah tersebut gaya penyampaian dan berkomunikasi dalam kalangan penjawat awam, PEN turut mengendalikan Sesi Taklimat dan Latihan, tiga minggu sebelum acara sebenar.
Sesuatu yang amat mengagumkan ialah, khalayak yang terdiri daripada 500 orang umum, penjawat awam, pendidik, penulis dan pelajar turut berbalas-balas pantun semasa senggang antara pertandingan, pada hari pertandingan. Panel juri juga bersepakat menyatakan bahawa pantun-pantun para peserta yang disediakan awal serta yang spontan, memang berkualiti.
Butir pertandingan adalah seperti yang berikut;
~ Sesi Taklimat dan Latihan: 5 Oktober: peserta dan Pengurus Pasukan.
~ Pertandingan Suku Akhir: 26 Oktober, jam 10.00 pagi
~ Pertandingan Separuh Akhir: 26 Oktober, jam 2.30 petang
~ Pertandingan Akhir: 26 Oktober, jam 4.00 petang
~ Majlis Penutupan disempurnakan oleh YB Dato' Abd. Razak bin Ab. Said, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu
~ Keputusan:
Johan: Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan (Suku Tanah Datar)
Naib Johan: IPG Kampus Raja Melewar (Pelatih), (Suku Seri Lemak)
Ketiga: IPG Kampus Raja Melewar (Pensyarah), (Suku Seri Melenggang)
Sagu Hati:
i) Perbadanan Perpustakaan Awam (Suku Paya Kumbuh)
ii) Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan (Suku Batu Belang)
iii) Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan (Suku Tiga Nenek)
iv) Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (Suku tiga Batu)
v) Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah (Suku Biduanda)
Pemantun Terbaik: Encik Mohd. Fazreen bin Mohd. (Suku Tanah Datar)
Ihsan majalah Dewan Bahasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment