Saturday, July 19, 2014

Assalamualaikum Ahli PEN yang budiman.

Selamat berpuasa. Semoga madrasah Ramadan ini berupaya meningkatkan nilai ibadah dan dakwah demi Dia jua.
Berikut ialah makluman untuk tindakan segera.

1)  MAHRAJAN PERSURATAN DAN KESENIAN ISLAM NUSANTARA KE-3 (22-23 OGOS 2014)  DI MEMBAKUT, SABAH &
DIALOG TELUK KE-9, 2014 (23-24 OGOS 2014) DI BEAUFORT, SABAH
 
PEN diundang untuk menghantar 2 hingga 5 orang ahli ke majlis tersebut.
Sesiapa yang berhajat dan berminat, mohon menghubungi saya segera.(sebelum 5 Ogos)


2)  PENYERTAAN PROGRAM KEMBARA BAHASA 2014
Program Kembara Bahasa bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBKI) 2014 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh: 7 hingga 12 Oktober 2014 (Bahagian Selatan)
Syarat Asas: berumur 18- 55 tahun, sihat dan tidak menghidap penyakit kronik, digalakkan pelbagai kaum.

Semoga ada yang akan mewakili PEN.
Yang berkelapangan, mohon segera menghubungi PEN. (sebelum 15 Ogos 2014).

Terima kasih

No comments: