Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Bagi pihak Persatuan Penulis Negeri Sembilan, Ketua Satu dan ahli-ahli jawatankuasa PEN mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya. PEN mendoakan semoga perjalanan tuan-tuan dan puan-puan ke destinasi masing-masing dilindungi sepenuhnya Allah SWT. Selamat kembali ke pangkuan insan-insan tersayang dan selamat kembali kepada fitrah. Kami juga mohon maaf atas segala keterlanjuran kata-kata, tindakan dan isyarat yang mungkin menyinggung hati sesiapa sahaja. Semoga cahaya Syawal 1433H menyinari hidup kita semua dengan penuh keberkatan, insya-Allah.

Thursday, August 09, 2012

Jemptan; Forum Pengkisahan Sejarah 'Kekejaman Komunis'

Semua AJK PEN, ahli PEN dan yang berminat.

Forum Pengkisahan Sejarah 'Kekejaman Komunis' sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Negeri Sembilan akan dilaksanakan pada 3 September 2012 (Isnin),
jam 8.30 pagi,
di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Tokoh:  i) YBhg. Dato' Nadzan bin Haron, 'Sejarah Kemunculan Komunis'
             ii) YBhg. Left.Jen. (B) Dato' Seri Zaini Mohd. Said, 'Mengimbas Kembali Perang Menentang Insorgensi Komunis'
             iii) YBhg. Tan Sri Rahim Nor, 'Perjanjian Damai Malaysia-PKM'

Untuk keterangan lanjut, sila hubuingi Lembaga Muzium Negeri Sembilan 06-7361149

Adat Perpatih Keunikan Negeri Sembilan: Gema Serunai Hati 10