Mendidik dan Memugar Bahasa, Sastera dan Budaya Bangsa
Wednesday, August 15, 2012
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bagi pihak Persatuan Penulis Negeri Sembilan, Ketua Satu dan ahli-ahli
jawatankuasa PEN mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga
ibadah kita diterima oleh-Nya. PEN mendoakan semoga perjalanan tuan-tuan
dan puan-puan ke destinasi masing-masing dilindungi sepenuhnya Allah
SWT. Selamat kembali ke pangkuan insan-insan tersayang dan selamat
kembali kepada fitrah. Kami juga mohon maaf atas segala keterlanjuran
kata-kata, tindakan dan isyarat yang mungkin menyinggung hati sesiapa
sahaja. Semoga cahaya Syawal 1433H menyinari hidup kita semua dengan
penuh keberkatan, insya-Allah.
No comments:
Post a Comment