Monday, September 10, 2012

MAKLUMAN DAN TINDAKAN
Ahli PEN dan semua penulis. Jika berkenaan, silalah bertindak segera. Peluang keemasan bertandang sesekali sahaja! MMY

A. Kegiatan PEN (sempena BBK di Negeri Sembilan)
1)  Kuiz Bahasa dan Sastera (Oktober-November) di Negeri FM anjuran bersama DBP Wilayah Tengah, Jabatan Penyiaran NS dan PEN.
2)  Klinik Penulisan Kreatif, 3 Oktober di SMAWP Labu. (terhad)
3)  Majlis Bicara Karya: Kuasa Kata oleh Mahaya Mohd.Yassin, di IPGM Kampus Raja Melewar, pada 18 Oktober 2012 (Khamis, 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari), anjuran bersama DBP Wilayah Tengah, IPGM Kampus Raja Melewar dan PEN.
Tokoh Pembicara: Profesor Dr. Teo Kok Seng (UKM) dan Prof. Rahman Shaari
                              Pengerusi Majlis: Puan Nisah Haron

B.  Kegiatan GAPENA
1)  Wacana GAPENA dan Rumah Terbuka Aidilfitri GAPENA, 14 September (Jumaat), 2.45 petang  di Rumah GAPENA (baru) JKR 899, Jalan Belfield, Kuala Lumpur. Bicara buku 'Ampun Tuanku' karya Zaid Ibrahim oleh Dato' Haji Hamzah Kassim. (ahli-ahli Badan Kerabat)
2)  Sayembara Deklamasi Puisi mengikut Zon, September-Oktober (Peringkat akhir pada 20-21 Oktober di Kuala Lumpur)
3)  Perkampungan Penulis GAPENA (PEN Zon Tengah) Oktober. Peserta 18-35 tahun, 6 orang wakil setiap persatuan.
4)  Meja Bulat Penulis 1 Malaysia, 20-21 Oktober. di Kuala Lumpur (tokoh, veteran dan penulis muda yang terpilih) Tema: Pengukuhan Peradaban Bangsa dalam Masyarakat Antarabangsa.
5) Seminar Jati Diri dan Patriotisme, 20-22 Oktober 2012 di Kuala Lumpur. Tema: Memperkukuhkan Nilai Jati Diri dan Patriotisme

C.  Daripada Presiden PENA (melalui fb Dr. Saleeh Rahamad)
Bengkel Penulisan dan Penerbitan PENA, ITBM, DBP, 5-7 Oktober, di Kuala Lumpur untuk Zon Tengah (KL, Selangor, Pahang, NS). terbuka kepada semua penulis.
Keutamaan: ~ yang mahu menyertai sayembara penulisan anjuran ITBM, PENA, Berita Harian.
                    ~ yang mahu menghantar manuskrip kepada ITBM untuk diterbitkan
                    ~ yang benar-benar mahu menuntut ilmu. (ikuti fb Dr. Saleeh selanjutnya)


Ketua Satu PEN.
11 Oktober 2012

No comments: