Monday, October 17, 2011

Bengkel Penulisan Buku Kanak-Kanak DBP - PEN


Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Penulis Negeri Sembilan akan menganjurkan program yang berikut :

Bengkel Penulisan Buku Kanak-Kanak 
12 - 13 November 2011 (Sabtu & Ahad)
di Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Pembimbing :
  1. Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin (Blog : Suara Hati
  2. Puan Nisah Haron (Blog : Nisah Haron Online)
 

** Jualan buku-buku terpilih akan berlangsung sepanjang program. 

Syarat :
  1. Penyertaan PERCUMA tetapi terhad kepada 15 peserta terawal sahaja.
  2. Peserta yang benar-benar berminat untuk menerbitkan karya-karya kanak-kanak. Keutamaan diberikan kepada mereka yang telah ada manuskrip (sama ada lengkap atau tidak lengkap).
  3. Peserta yang mempunyai asas penulisan kreatif digalakkan menyertai bengkel ini.
  4. Penginapan tidak disediakan.
  5. Pihak penganjur tidak menanggung kos perjalanan peserta. 
  6. Peserta yang menyertai bengkel ini hendaklah melengkapkan manuskrip dalam tempoh yang ditetapkan oleh penganjur di dalam bengkel ini kelak. 
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin (06-6778 359) atau Puan Nisah Haron (06-7675 722) atau melalui e-mel : mahaya_es@hotmail.com atau nisah.haron@gmail.com.



ATUR CARA BENGKEL


Hari Pertama 12 November 2011 (Sabtu)


8.30 pagi      Pendaftaran
9.00               Sesi I - Pengenalan
10.30             Minum pagi
11.00             Sesi II - Sastera Kanak-kanak
12.30             MAKAN TENGAH HARI & SOLAT
2.15 petang  Sesi III - Pembinaan Manuskrip
4.30 petang  Bersurai




Hari Kedua 13 November 2011 (Ahad)

8.30 pagi      Sesi IV - Pembinaan Manuskrip
10.30             Minum pagi
11.00             Sesi V - Penilaian Manuskrip
12.30             MAKAN TENGAH HARI & SOLAT
2.15 petang  Sesi III - Penilaian Manuskrip & Penutup
4.30 petang  Bersurai


Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin (06-6778 359) atau Puan Nisah Haron (06-7675 722) atau melalui e-mel : mahaya_es@hotmail.com atau nisah.haron@gmail.com.

Senarai peserta yang telah mengesahkan kehadiran :
  1. Puan Siti Suriani Othman 
  2. Cik Azzah Abdul Rahman 
  3. Cik Masliya Yahya 
  4. Puan Che Aida Dollah
  5. Encik Muhd Yatim Marjiko
  6. Cik Fauziah Baharudin
  7. Puan Fatimah Rodhiah binti Mohd Yusof
  8. Encik Mohd Khairil Hisham
  9. Puan Nik Faridah Mamat
  10. Puan Paridah Siro
  11. Cik Rawaida Kamarudin
  12. Cik Anisah Kasim 
  13. Cik Siti Aishah Maulud
  14. Puan Rosiah Othman
  15. Encik Abdul Razak Husin
Peserta PEN : 
  • Puan Zalila Isa
  • Puan Syarifah Salha Syed Ahmad
  • Puan Noorhazlin Yahya


Jemputan ke Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan

Assalamualaikum warga PEN dan pembaca blog PEN yang budiman.

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Negeri Sembilan 2011
18 Oktober 2011 (Selasa) 
2.00 petang 
di Auditorium Perdana, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Seremban. 

Semua dipersilakan...

Friday, October 07, 2011

Titipan Ketua Satu Oktober 2011

Titipan Ketua Satu

7 Oktober 2011

Salam.

AJK PEN dan ahli.

Untuk tindakan dan perhatian kalian.

  1. Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2011
    • Bengkel Bahasa: Betulkan Yang Biasa,Biasakan Yang Betul di Perpustakaan Awam, Rembau, 6 Oktober, (PEN)
    • Tiga minggu (10 – 27 Oktober) Kuiz Bahasa di Negeri FM, selepas Sari Bahasa (PEN/Munsyi Dewan)
    • Perasmian BBK di Kompleks Penyiaran RTM, 18 Oktober, pukul 2.00 petang. Semua diundang.
    • Olek Bahasa (Majlis Penutupan) di KRT Dangi 29 Oktober (seharian). Semua diundang.

  2. Festival Kesenian (JKKN NS)
    • 12 hingga 16 Oktober Pertandingan (Tarian, caklempong, bercerita, sajak, syair, teromba) di JKK NS.
    • Majlis Penutupan, 16 Oktober 2011. Semua diundang.

  3. Karnival Penulis 1 Malaysia (GAPENA)
    • 20 – 22 Oktober 2011, di Perpustakaan Negara. Semua diundang.
    • Dua orang penulis remaja PEN dipersilakan mewakili PEN. Penginapan, sagu hati, surat cuti diuruskan. Sila maklumkan kepada Ketua Satu segera.

  4. Kongres Bahasa dan Persuratan Bahasa Melayu IIIV, 28-30 Oktober, di DBP. Jika berminat sila maklumkan segera kepada Setiuausaha Satu 019-2543476.

  5. Kembara Budaya Sempadan IMTGT di Ranong, Thailand, 18- 21 November. Yang berminat sila hubungi GAPENA SEGERA. (03-21442412)

  6. Penerbitan Majalah Sastera dan Warisan (GAPENA) Sila layari sasterawarisan@gmail.com atau hubungi 017-9091280

Mahaya Mohd.Yassin