Saturday, November 26, 2011

Ucapan Ketua Satu sempena Majlis Penutupan Bengkel Penulisan Haiku; 26/11/11

Bersama-samalah kita panjatkan kesyukuran,
Kepada Allah yang mengizinkan pertemuan,
Bengkel haiku, pelancaran buku dan acara penutupan,
Semoga manfaat dapat kita kongsi-kongsikan.

Dewan Bahasa dan Pustaka pembiaya usaha,
JKKN penyedia tempat dan prasarananya,
Penceramah Leyla Shuri berkongsi pengalamannya,
Jawatankuasa dan peserta intim bekerjasama.

Hanya kalungan terima kasih yang mampu diberi,
Atas pengorbanan dan sumbangan murni,
Semoga jalinan tidak bernoktah di sini,
Dari semasa ke semasa kita tingkatkan lagi.

Meski kita berlainan institusi,
Tetap bersepadu visi dan misi,
Mendidik generasi agar berilmu tinggi,
Beriman, beramal duniawi dan ukhrawi.

Seleps ini peserta berkaryalah,
Gilaplah bakat agar menyerlah,
Antologi Haiku pasti diolah,
Terbitan terbaharu GSH ke-11.

Jika ada yang tersilap dan terkurang,
Jauh-jauh pohon disisihkan,
Yang baik-baik sahaja bawalah pulang,
Allah memberkati kehidupan tuan puan.

Alhamdulillah akhir bicara,
Terima kasih kepada tamu dan semua,
Semoga dilimpahi Allah peluang dan tenaga,
Kita teruskan ibadah dan dakwah sebaik-baiknya.

Mahaya Mohd.Yassin


3 comments:

NUR AIN HANIS said...

menarik!..tahniah puan.

Mahaya Mohd. Yassin said...

Nur Hanis. Alhamdulillah. Terima kasih. Dalam majlis sastera, ucapan dan gaya penyampaiannya juga sebaik-baiknya, seindah makna 'sastera' yang tuntas itu, insya-Allah.

Leyla Shuri said...

Saya dapat merasakan minat dan semangat para peserta dalam bengkel ini. Keterujaan ini membuat saya seronok mengendalikan bengkel ini.
Terima kasih Puan Mahaya.