Ahli Jawatankuasa PEN,
Ahli PEN,
Ahli Seumur Hidup (ASH) PEN.
Semoga kalian bersama-sama keluarga dalam peliharaan dan rahmat Allah sentiasa. Amin!
Alhamdulillah, dengan izin-Nya serta sokongan padu kalian, PEN masih dapat meneruskan misi dan visinya iaitu ‘Mendidik dan Memugar Bahasa, Sastera dan Budaya Bangsa’.
Ada beberapa hal yang ingin saya titipkan sebagai perkongsian maklumat kita pada kali ini. Ada antaranya perlukan tindakan kita sesegera mungkin.
Pindaan Perlembagaan PEN yang kita usahakan sejak 2007 yang lalu. Alhamdulillah, pindaaan keseluruhan perlembagaan PEN yang telah kita hantar pada bulan April lalu, telah dijawab oleh pihak Pendaftar Pertubuhan pada petang 21 Mei (Sabtu) yang lalu. Kelulusaan pindaan tesebut telah diluluskan berkuatkuasa pada 12 Mei 2011. Antara fasal yang telah dimantapkan:
- Ahli Biasa: berumur 15 tahun ke atas, yuran tahunan RM20.00 sahaja
- Ahli Seumur Hidup: berumur 21 tahun ke atas, yuran RM 100.00 sahaja
- Jawatankuasa yang dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan: Ketua Satu, Ketua Dua, Setiausaha Satu, Setiausaha Dua, Bendahari; Lima AJK dipilih semasa mesyuarat dan tiga dilantik.
Insya-Allah, PEN akan mengusahakan perlembagaan baharu ini dicetak dan diedarkan (kepada ahli yang layak) pada tahun 2012.
Anugerah Sastera dan Media 2011 sedang giat diusahakan. Insya-Allah, sebelum akhir tahun akan dilaksanakan. Mohon doa restu agar majlis ini berjaya dilaksanakan.
Kegiatan yang baru berlangsung :
Majlis Sastera: Proses Kreatif Dalam Karya: di IPGM Kampus Raja Melewar, anjuran Dewan Bahasa dengan kerjasama PEN dan IPGKRM, pada 21 Mei 2011.
90 orang hadir terdiri daripada pelatih, ahli PEN dan pelajar SMAP, Labu.
Pembicara:
- Puan Nisah Haron: Proses Kreatif LM, RSR & KBH - Pengalaman Menulis Tiga Genre
- Prof. Madya Dr. Mawar Shafie (UKM): Rindu Seorang Rafik: Himpunan Perlambangan dan Bertemunya Perempuan dengan Undang-undang dan Adat
- Dr. Norhayati Abd.Rahman: Pemartabatan Wanita dalam Lentera Mustika; Daripada Lensa Feminis
- Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin: Kreativiti Nisah Haron dalam Kawan Baru Hanani.
Kegiatan yang akan datang
Program Penghayatan Teromba dan Perbilangan Adat; anjuran Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur dengan kerjasama PEN, pada 25 dan 26 Jun 2011 di Seri Menanti Resort, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Khalayak -30 orang terdiri daripada pendidik, ahli PEN dan mereka yang bertanggungjawab menyebarluaskan ilmu dan pengalaman kepada masyarakat. Yang berminat silalah mendaftar segera kepada 012-3083965 (Puan Mahaya) atau 019-2543476 (Datin Sabarriah).
Pada jam 1.00 tengah hari, 25 Mei (Rabu) Ketua Satu mewakili PEN menerima sumbangan daripada YAB Menteri Besart di SUK. Cek tersebut sudah dibankkan hari ini, 27 Mei.
Terima kasih.
Hajah Mahaya Mohd Yassin
Ketua Satu
No comments:
Post a Comment