Monday, March 12, 2012

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Puisi Kanak-kanak (7 April 2012)


Wacana Ilmu ~ Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Puisi Kanak-kanak
anjuran bersama Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS)
di Kompleks JKKNNS, pada 7 April 2012 (Sabtu) 8.30 pagi hingga 2.00 petang.

Peserta: pendidik, ibu bapa, penulis, penuntut, peminat dan sesiapa sahaja.
Pengisian: Falsafah dalam Puisi Kanak-kanak oleh Dr. Amida Abdulhamid (Anis)
dan Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin (berdasarkan Ayahku Pulang, DBP 2011).

Penyertaan: Percuma. Sila sahkan kehadiran dengan menghubungi
Datin Sabarriah; 019-254 3476/ sabarshukur@yahoo.com atau Mahaya 012-3083965/mahaya_es@hotmail.com
sebelum 30 Mac 2012.


~Pariwarta~
Seseorang bertanya, "Mengapa puisi kanak-kanak?"
MMY: "Puisi amat kreatif. Melalui puisi kita dapat menyelongkar dan memugar minat dan potensi kanak-kanak ke arah matlamat yang bermanfaat, seperti yang kita hasratkan."
"Tapi, saya bukan guru,"
MMY: "Sesiapa sahaja; guru, ibu bapa, ahli keluarga, pelajar, pentadbir, penulis, pengukir, peminat, pengkritik, penyiar, pemerhati dan pengongsi ilmu, diundang sama. Bukankah kita semua berbakat? Bukankah puisi itu terapi?"
"Apa faedah lain?"
MMY: "Dr. Amida Abdulhamid memaklumkan melalui sistem pesanan ringkasnya sebentar tadi, "...tak sangka puisi kanak-kanak sarat falsafahnya," Jom kita dengar dan hayati!"
"Boleh juga, manalah tahu..."
MMY: "Yakinlah, kaedahnya amat mudah, menggugah perasaan dan fikiran, nostalgik dan menarik, insya-Allah. Allah jua yang mempermudahkan segala-galanya. Terima kasih."

Friday, March 09, 2012

Makluman dan Tindakan

Makluman dan Tindakan

i) Muzakarah Bahasa dan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2012.
di Dewan Bankuet, aras 1, Menara DBP
Persatuan Bahasa/ Sastera/ Penulis ~ 14 Mac 2012 (Rabu), 9.00 pagi - 11.30 pagi


ii) Mesyuarat Agung GAPENA ke-41, di Melaka, 29 - 30 Mac 2012

iii) Hari Sastera XV, di Melaka, 30 Mac - 1 April 2012


Mahaya Mohd.Yassin