Monday, March 23, 2015

Semua ahli PEN, para penulis, penggiat sastera dan sesiapa sahaja yang berminat. 
Perhimpunan tokoh antarabangsa untuk kita manfaatkan kepakaran mereka.
Peluang untuk kita memacu ilmu dan pengalaman,
meningkatkan mutu karya khas untuk anak-anak bangsa.




Monday, February 09, 2015

Surat Panggilan Mesyuarat Agung & Undangan ke Majlis Wacana Bahasa

Assalamualaikum,
semua ahli PEN (Ahli Seumur Hidup dan Ahli Biasa) serta peminat bahasa dan persuratan.
Bersama-sama ini disertakan surat Panggilan Mesyuarat Agung PEN yang ke-38. Bersempena dengan mesyuarat ini, akan dilaksanakan empat kegiatan kebahasaan. Semua diundang untuk berkongsi manfaat.
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan (yang berkenaan) dipohon melunasi yuran tahunan sebanyak RM20.00 atau Yuran Ahli Seumur hidup hanya RM100.00 kepada Bendahari pada hari tersebut.
Terima kasih,

Saturday, January 17, 2015

SIDANG SEHARI ADAT PERPATIH 2015

anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah (DBPWTgh), Yayasan Warisan Negara,
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS), Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)


Tarikh:    22 Januari 2015 (Khamis), jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat:  Auditorium D'Sury, JKKNNS, Seremban.

Ucap Utama: YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim
"Memelihara dan Memulihara Adat Demi Masa Depan Waris Negeri"

~Sidang 1: Hal Adat oleh tokoh sarjana
~Sidang 2: Hal Bahasa dan Persuratan
                  (pembentang PEN: Puan Nisah Haron dan Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin)
~Pameran dan Jualan Buku
~Pameran Budaya.

Monday, October 20, 2014

Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Profesor Emeritus Dato' (Dr.) Haji Ismail Hussein, bekas Ketua Satu GAPENA, yang telah kembali ke pangkuan Yang Maha Perkasa pada jam 9.36 malam tadi.
Semoga Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang mencucuri rahmat-Nya buat Allahyarham. Amin.

Isnin, 20 Oktober 2014.
UNDANGAN 

1. WACANA PENCERAHAN MINDA
    Anjuran:         DBP bersempena dengan Sambutan BBK Peringkat WPKL 2014
    Kertas Kerja; YBhg. Prof. Magya Dr. Noriah Taslim,
                           Felo Penyelidik Kanan ATMA, UKM
    Tarikh:           28 Oktober 2014 (Selasa) jam 8.30 pagi - 12.00 tengah hari.
    Tempat:         Dewan Dato' Hassan Ahmad, DBP, Kuala Lumpur
    Pertanyaan:   Puan Niarwati 03- 21479298


2.  MALAM PERSEMBAHAN AMAL "SUARA AL-AQSA II 2014"
                   DAN PELANCARAN BUKU "TANAH TANPA PETA"
  Anjuran:      Kolej MARA Seremban dengan kerjasama
                      Grup Karyawan Luar Negara dan Aqsa Syarif
  Tarikh:        1 November 2014 (Sabtu) 8.00 malam - 11.30 malam.
  Tempat:       Dewan Tun Hussein Onn, Kolej MARA Seremban.
  Pertanyaan: Cik Nini 019  9595725


3.  BENGKEL KONVENSYEN PEWARISAN HARTA ISLAM
   Anjuran:      Persatuan Pengurusan Kewangan & Harta Islam Malaysia
                       dengan kerjasama MAINS, IWM, IFWIMI, USIM
   Tarikh:         4 - 5 November 2014, 8.30 pagi - 5.30 petang.
   Tempat:        Auditorium D'Sury, JKKN Negeri Sembilan
   Pertanyaan:  Pusat Kaunseling MAINS, 06-7652751   
   

 




Monday, October 06, 2014

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2014, Peringkat Negeri Sembilan

Dengan penuh takzim,
semua warga Negeri Sembilan khasnya dan warga Malaysia amnya,
diundang ke program-program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2014 Peringkat Negeri Sembilan.
Bahasa Jiwa Bangsa!
Terima kasih.


Saturday, July 19, 2014

Assalamualaikum Ahli PEN yang budiman.

Selamat berpuasa. Semoga madrasah Ramadan ini berupaya meningkatkan nilai ibadah dan dakwah demi Dia jua.
Berikut ialah makluman untuk tindakan segera.

1)  MAHRAJAN PERSURATAN DAN KESENIAN ISLAM NUSANTARA KE-3 (22-23 OGOS 2014)  DI MEMBAKUT, SABAH &
DIALOG TELUK KE-9, 2014 (23-24 OGOS 2014) DI BEAUFORT, SABAH
 
PEN diundang untuk menghantar 2 hingga 5 orang ahli ke majlis tersebut.
Sesiapa yang berhajat dan berminat, mohon menghubungi saya segera.(sebelum 5 Ogos)


2)  PENYERTAAN PROGRAM KEMBARA BAHASA 2014
Program Kembara Bahasa bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBKI) 2014 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh: 7 hingga 12 Oktober 2014 (Bahagian Selatan)
Syarat Asas: berumur 18- 55 tahun, sihat dan tidak menghidap penyakit kronik, digalakkan pelbagai kaum.

Semoga ada yang akan mewakili PEN.
Yang berkelapangan, mohon segera menghubungi PEN. (sebelum 15 Ogos 2014).

Terima kasih

Wednesday, April 16, 2014

BERITA DAN PERISTIWA

Berita dan Peristiwa (1)


Berita dan Peristiwa Kedua

WACANA SIRI FIKRAH UMMAH: PENGARUH TAMADUN 
TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU
Penganjur: Bahagian Perancang Bahasa, Bahagian Komuniksi Korporat, DBP
Tarikh: 21 April 2014 (Isnin)
Tempat: Dewan Seminar DHA, DBP
Maklumat Lanjut:Puan Norhamanalinda 03-21479483


Berita dan Peristiwa Ketiga

Kursus: Penulisan Novel Biografi, Autobiografi, Memoir dan Travelog
Penganjur: Akademi DBP
Tarikh: 23 & 24 April 2014 (Rabu & Khamis)
Tempat: DBP
Penatar: Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin
Maklumat Lanjut: Encik Basri bin Abdillah, 03-21479225/e-mel: sri@dbp.gov.my


Berita dan Peristiwa Keempat

Semarak Bahasa dan Karnival Buku Kuala Pilah
Penganjur: DBP, Koperasi DBP, Pusat Khidmat Parlimen Kuala Pilah, PEN
Tarikh: 23 hingga 26 April 2014
Tempat: Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah.
26/4: (8.00 makam)Program Muhasabah Ummah: Cabaran Umat Islam Kini "COMANGO" 






Tuesday, April 01, 2014

KARYA PENULIS GURU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Maklumat Penting untuk Semua Penulis Guru

PAMERAN TEROWONG DAN PAMERAN PENDIDIKAN
BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
Masa: 14 Mei hingga 16 Mei 2014
Tempat: di Pusat Dagang Dunia Putra, Kuala Lumpur

Mohon maklumkan buku terbitan tuan/puan
Hubungi:Puan Siti Natrah Mukhtaram 016-2256457, e-mel: natrah.mukhtaram.moe@1govuc.gov.my
atau Encik Mat Rashid Ishak 019-9516911, e-mel: rashid.ishak.moe@1govuc.gov.my

Pengarah,
Bahagian Buku Teks,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rujukan KP.BT.100-9025/2/Jld.4(18)
27 Mac 2014.

Tuesday, March 11, 2014

PROGRAM PENULISAN MASTERA 2014

Assalamualaikum ahli PEN serta semua penulis,

Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP memohon pencalonan peserta untuk
~ PROGRAM PENULISAN MASTERA 2014
~ 19-21 Jun di Bogor, Indonesia
~syarat: berumur antara 18 - 35 tahun
             : pernah menulis esei sastera yang telah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan di Malaysia
             : sediakan biodata diri, gambar dan salinan karya yang telah diterbitkan dan yang baharu.
~hubungi Ketua Satu segera.

PEN berharap peserta yang layak segera tampil. Semoga tiada yang terpinggir.

Terima kasih.


Ketua Satu PEN

Wednesday, February 05, 2014

Dialog Penulis Muda, Bicara Tokoh & Mesyuarat Agung PEN ke-37

Dengan sukacitanya Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) akan menganjurkan program tiga serangkai bersempena dengan Mesyuarat Agung PEN ke-37.
  • 8 Februari 2014 (Sabtu)
  • 8.30 pagi
  • Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu), Negeri Sembilan. 


1. Dialog Penulis Muda

Tema : "Yang Veteran dan Muda Sama-sama Disayangi"

Negeri Sembilan masih belum ketandusan penulis-penulis angkatan baharu. Selepas Mahaya Mohd Yassin, Nisah Haron - Pengarang, Siti Jasmina Ibrahim; telah kukuh bertapak nama-nama seperti Amiza Khusyri Yusof, Syarifah Salha Syed Ahmad, Azzah Abdul Rahman, Norziati Mohd Rosman dan Ida Munira Abu Bakar aktif menghasilkan karya di persada penulisan kreatif.

Kini, nama-nama seperti Zalila Isa, Khairil Idham Ismail, Zalisa Maz, Wafa Aula dan Zulkifli Rayyan harus diberikan perhatian yang bukan sedikit.

Temui sebahagian daripada mereka di dalam Dialog Penulis Muda Negeri Sembilan yang akan diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung PEN ke-37.

* Nota : sekiranya ada lagi nama-nama penulis muda Negeri Sembilan yang tidak tersenarai, mohon maklumkan kepada saya.

Penulis muda Negeri Sembilan :
- usia bawah 35 tahun
- lahir di Negeri Sembilan; atau
ibu atau bapanya lahir di Negeri Sembilan; atau
lahir di negeri lain tetapi telah bermastautin di Negeri Sembilan
- telah menghasilkan karya kreatif (terbit di media)





2. Bicara Tokoh



Pembicara : Encik Siri Neng Buah Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup UNESCOBidang : Penggiat dan Pakar Rujuk Adat Budaya

Topik : Sastera dan Budaya 

Latar belakang tokoh : 

Kepekaan beliau ke arah ini menjadikan beliau seorang yang mempunyai pengetahuan luas seumpama  gedung ilmu bergerak berkaitan budaya masyarakat di Malaysia. Kepakaran beliau tidak disangkal terutama di dalam ilmu perdalangan wayang kulit Siam Kelantan, menora, gendang Siam (klong yau), adat istiadat masyarakat Siam, adat istiadat masyarakat Melayu, kesusasteraan Melayu dan sebagainya. Pengetahuan luas beliau turut melangkaui kebudayaan masyarakatnya kerana arif mengenai kebudayaan masyarakat Melayu seperti Mak Yong, dikir barat, main peteri, bageh, permainan tradisi seperti wau bulan, gasing uri dan lain-lain lagi.


Kepakaran yang dimiliki membolehkan beliau kerap diundang oleh pelbagai agensi dan institusi untuk memberi ceramah  dalam bidang kebudayaan dan kesenian tradisional.  Beliau sering dilantik sebagai moderator dalam aktiviti ilmiah berkaitan kesenian tradisional.  Kini beliau merupakan pakar rujuk tetap Ensaiklopedia Tradisi Lisan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumbangan beliau amat besar kearah memartabatkan khazanah negara.  Beliau merupakan pencetus program “Pesta Citrawarna” yang kini menjadi acara tahunan negara.   Pesta ini berjaya mempromosi seluruh kebudayaan masyarakat Malaysia dimana penganjuran pertama diadakan pada tahun 1999.
- sumber : Jabatan Warisan Negara


3. Mesyuarat Agung PEN ke-37
Ahli-ahli PEN diundang untuk menyemarakkan lagi majlis Mesyuarat Agung PEN yang ke-37 ini. Tahun ini merupakan tahun pemilihan ahli-ahli jawatankuasa.

Jemput hadir ke Dewan Besar SMAP Labu bagi memeriahkan lagi majlis ilmu.
Jualan buku turut diadakan.

Friday, December 13, 2013

GEMA PUISI SEMARAK BAHASA 
BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2013 
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Ahli PEN, deklamator, peminat dan pencinta bahasa dan persuratan tanah air.
Pertandingan Deklamasi Puisi
Tarikh tutup penyertaan: 20 Disember 2013 (borang)
Tarikh pertndingan: 28 Disember 2013 (Sabtu: pagi, saringan. Petang, akhir)
Tempat: Dewan Dato' Hassan Ahmad, DBP, Kuala Lumpur.
Puisi-puisi ditetapkan oleh Urus Setia (daripada Pohon Tradisi, Gapeniaga Sdn. Bhd.2012)


Saturday, December 07, 2013

Assalamualaikum Ahli PEN
Tindsakan segera!
Pihak Perbadanan Intelek Malaysia (PIM) memaklumkan bahawa Kejaraan melalui PIM memberi Kad Diskaun 1 Malaysia (KD1M)/ Kad Skuad Pengguna melalui Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KKPDNKK) kepada penggiat seni dan pengkarya dan pengkarya yang beerdaftar di bawah mana-mana persatuan seni.
Tuan/Puan silalah
e-melkan kepada saya sebelum 14 Disember
1) Nama Penuh
2) No.Kad Pengenalan
3) Alamat
4) E-mel
5) No. Telefon bimbit
6) Nama singkat pada kad

 Mahaya ~ mahaya_es@hotmail.com

Terima kasih

Monday, November 18, 2013

PERSIDANGAN PERANCANGAN BAHASA



PERSIDANGAN PERANCANGAN BAHASA
"Ideologi Bahasa Kebangsaan"
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

Tarikh: 10 dan 11 Disember 2013, 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Dato' Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Urus setia: 03-21483025/3039/3027
Faksimile: 03-21445727

Saturday, November 16, 2013

Thursday, November 07, 2013

Bengkel 'Daripada Tesis Kepada Buku', Penulisan Buku Ilmiah dan Buku Umum DBP

Assalamualaikum,
Bengkel yang amat bermanfaat.
AJK dan ahli yang berminat dan berhajat untuk ikut serta, mohon hubungi saya segera.



Sunday, November 03, 2013

Sayembara Deklamasi Sajak Patriotik 2013 (Kementerian Komunikasi dan Multimedia)

SAYEMBARA DEKLAMASI SAJAK PATRIOTIK 2013
anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Tarikh: 23 dan 24 November 2013 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: Dataran Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
Hadiah: Tempat Pertama RM 3000.00
              Tempat Kedua RM 2000.00
               Tempat Ketiga RM 1000.00
               Hadiah Sagu hati RM 500.00 (7)
               Hadiah Khas Bukan Bumiputera RM 500.00

Borang, syarat dan sajak seperti berikut:



Thursday, October 24, 2013

Pementasan Apresiasi Seni 2013

LEGASI MUZIKAL BONGAI 3 DIMENSI

anjuran bersama Kerajaan Negeri Sembilan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
pada: 1 & 2 November 2013 (Jumaat & Sabtu), jam 8.30 malam
di Auditorium D'sury, JKKN Negeri Sembilan

Tiket RM5.00 seorang, sebagai inisiatif membantu Kumpulan Perantisan Bongai Seri Tengkek.
~Pementasan mengangkat martabat seni tradisi negeri iaitu 'Bongai'
~penampilan kreatif dengan suntikan elemen teknologi 3 dimensi
~Penampilan istimewa artis Waris dengan lagu bongai kontemporari

* undangan untuk semua pencinta budaya bangsa
* Ahli PEN 10 orang (10 yang awal mengesahkan kehadiran melalui PM saya)
  akan dibiayai oleh PEN
 Tempahan tiket dan pertanyaan: 06-7636308/06-7634417

Jemputan daripada Tuan Mohd.Radzi Omar
Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sunday, October 06, 2013



PELUANG UNTUK MENCABAR DIRI
Sayembara Menulis Novel Sains Angkasa 2013/2014
anjuran DBP dengan kerjasama Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)




Friday, September 27, 2013

JEMPUTAN TERKINI

1)  Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2013,
       Peringkat Negeri Sembilan (Saringan)
     Anjuran: Negeri FM, PPANS, PEN 
     Tarikh:  5 Oktober 2013 (Sabtu), 3.00 petang
     Tempat: Terminal 1, Seremban.
    
      *Penyertaan: GAPENA: 03-21442412/PEN: 06-6778359/Negeri FM: 017-3190846
        Mohon segera dapatkan puisi pilihan - FB GAPENA

2)   Syarahan Za'ba: Za'ba Pejuang Kemerdekaan
     (sempena dengan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan
      Peringkat Negeri Sembilan 2013)
     Anjuran: Kerajaan Negeri
     Tarikh: 10 Oktober 2013 (Khamis), 9.30 pagi
     Tempat:  Dewan Pendeta Za'ba, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir.
     Tokoh Penyampai: YBhg. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin,
      Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM
      Pengesahan Kehadiran: 06-7631149 (sebelum 9 Oktober)   

3)  Seminar Perpaduan Ummah dalam Peradaban Malaysia
     Anjuran: UPSI, Majlis Profesor Malaysia, DBP, GAPENA
     Tarikh: 1 dan 2 Oktober 2013 (Selasa dan Rabu)
     Tempat: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, UPSI, Tanjung Malim, Perak.
     Keterangan Lanjut: GAPENA 03- 21442412/019-3196560, (segera)