Friday, March 15, 2013

ANUGERAH SASTERAWAN NEGARA KE -12 

Alhamdulillah dan tahniah!
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada Sasterawan Negara (SN) ke-12 YBhg. Dato' Baha Zain.

Wednesday, March 06, 2013

Monday, February 18, 2013

Jemputan Terkini

Program Pengkisahan Sejarah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam NS
Tajuk:  Institusi Diraja: Adat dan Protokol
Tempat:  Hotel Sutra, Seremban 2
Tarikh: 21 Februari 2013 (Khamis), jam 8.30 pagi

Sunday, February 17, 2013


Pertama, kita lafazkan alhamdulillah,
Majlis kita diperkenankan Allah,
Semoga semua memanfaatkan wadah,
Kegiatan kita biarlah sebagai ibadah.

Bicara Karya perbincangan murni,
Veteran dan muda saling berkongsi,
Bahasa dan sastera wangian nubari,
Menyemarak bakat dan jati diri.

Mesyuarat  Agung ke-36 pula,
Diserikan Majlis Bersama-sama GAPENA,
Pertemuan dari mata turun ke sukma,
Insya-Allah, mantap dan kental institusi kita.

Aduhai hadirin yang memeriahkan acara,
Tetamu, penulis, pendidik & ahli semua,
Sekalung tahniah dan terima kasih jua,
Budi terpahat berabad lama.

Kepada pembicara yang bijak bestari,
Terima kasih daun keladi,
Pencerahan berkualiti amat dihargai,
Meningkatkan ilmu dan kemahiran kami.

Tuan Pengarah dan para sahabat di Raja Melewar,
Budi kalian semerbak mekar,
Membantu PEN ‘tika senang dan sukar,
Semoga jalinan mesra dan tekal.

Media & AJK PEN tidak dilupakan,
Budi disemai segunung intan,
Kerjasama erat semoga berkekalan,
Kita membina generasi jempolan.

Sekilas Bicara berundur diri,
Mohon maaf atas kekurangan kami,
Yang baik sebar-sebarkanlah nanti,
Yang kurang tinggalkanlah di sini.

Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik walhidayah
Assalamualaikum warahmatullah.

MAHAYA MOHD.YASSIN 
Ketua Satu
(Mesyuarat Agung PEN ke-36. 17 Feb.2013, di IPRM)

Friday, February 15, 2013

Tuesday, February 12, 2013

JEMPUTAN DBP

WACANA PERPADUAN UMMAH
19 Februari 2013 (Selasa) jam 9.30 pagi - 5.00 petang
di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP
Pengisian: Titah Diraja ~  DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan,
          Raja Dr. Nazrin Shah bin Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
 & Forum Perpaduan Ummah.
Panel: YBhg. Tan Sri Dato' Seri Arshad Ayub
           YBhg. Prof. Dato' Dr. Sidek Baba
           YBhg. Encik Anas Zubedy
Moderator: YBhg. Dato' Seri Mohd. Annuar Zaini

Pertanyaan ~ En. Ridzwan Ismail 03-21482960/Pn.Rohani Hashim 03-21483203

Monday, February 11, 2013

JEMPUTAN TERBAHARU!

Ceramah Penerbitan Buku Kanak-kanak dan Remaja DBP

Tarikh:  14 Februari 2013 (Khamis) jam 9.30 pagi
Tempat: Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara DBP
Tajuk: Memartabatkan Karya Kanak-kanak Tempatan ke Peringkat Antarabangsa
Penyampai: Encik Ahmad Reza Ahmad Khairuddin,
                    Persiden The International Board on Books for Young People (IBBY)

Keterangan Lanjut: Puan Marsilawati 03-21482082/ Puan Azihani 03-21485276

Sunday, February 03, 2013

Jemputan

Mesyuarat Agung PEN ke-36, Bicara Karya dan Dialog GAPENA Bersama-sama Kerabat.

.

Wednesday, January 16, 2013

SEGERA!
JEMPUTAN MAJLIS PELANCARAN BUKU GARIS PANDUAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA MASSA

Tarikh: 21 Januari 2013 (Isnin)
Masa:   11.00 pagi
Tempat; Dewan Cendekiawan IPPTAR
Tamu:   YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Kebudayaan dan Kebudayaan Malaysia
Pengesahan Kehadiran: Puan Baidatul 03-22957410


PELUANG BERKECIMPUNG DALAM BIDANG BAHASA DAN SASTERA

~ Tawaran kepada ahli PEN (Ahli Seumur Hidup dan ahli biasa)
~ Sebagai juruhebah pembantu sekali gus, pembimbing, mewakili PEN
~ Rancangan langsung 'Pantun Berjawab' bersama-sama Encik Abdul Raof Abd. Rahman
~ Pada setiap Rabu, jam 8.00 malam hingga 9.00 malam
~ Di Negeri FM, Kompleks Penyiaran, Sungai Gadut
 ***Berminat? Sila hubungi PEN segera

Monday, December 24, 2012

Undangan untuk semua, khasnya warga Negeri Sembilan

Saksikan alunan dan tingkahan puisi pelbagai rentak dan gaya
Hayati citra bahasa dan bangsa agar terpugar jati diri insan berwibawa!

1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara

MALAM PUISI RIONG: BAKAT MUDA JEMPOL DI PENTAS PUISI (Berita Harian)

 Malam Puisi Riong anjuran bersama Berita Harian, Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Belia Negeri Sembilan dan Majlis Belia Daerah Jempol:

Tarikh:  29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa:    Jam 8.30 malam
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Jempol

Saturday, December 15, 2012

Tajuk: Seminar Etnik Rumpun Melayu di Muzium Adat, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Perenggan

Monday, December 03, 2012

JEMPUTAN (SEMUA WARGA NEGERI SEMBILAN)

Majlis Penangguhan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012
Peringkat Negeri Sembilan

Tarikh:   11 Disember 2012 (Selasa)
Masa:     9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat:  Dewan Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Negeri Sembilan
Perasmi: YB Dato' Haji Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Pengesahan kehadiran (sebelum 7 Disember 2012)
i)     Puan Lizawati 06-7659979
ii)    Encik Hasrul Faiz 06-7659921
iii)  Puan Noraini 067659308
Mohon perhatian

Peserta Bengkel
Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-kanak (Siri 2)
anjuran bersama Perbadanan Kota Buku,
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
dan Gajah-gajah Gallery
pada: 8 Disember 2012 (Sabtu)
masa: 8.00 pagi hingga 10.30 malam
tempat: Hotel Seri Malaysia Seremban.
    

Tuesday, November 13, 2012

MOHON PERHATIAN!

Semua Peserta
Bengkel Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-kanak 2012
anjuran bersama Perbadanan Kota Buku, Gajah-gajah Gallery
dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
di Hotel Seri Malaysia, Seremban
pada 16 - 18 November 2012.

Daftar masuk:  16 November (Jumaat)
                         Pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang
                                  (Minum Petang: Jam 4.30 petang,
                                   Pameran dan Jualan Buku)
 
                        Pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam
                        i) Ucapan Sambutan daripada Perbadanan Kota Buku
                        ii) Taklimat Penulisan
                        iii) Taklimat Ilustrasi    

Thursday, November 01, 2012

AHLI PEN
TINDAKAN SEGERA!

KONVENSYEN MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN MELAYU
DALAM PERADABAN MALAYSIA

* anjuran bersama GAPENA dan Institut Peradaban Melayu, UPSI
* pada 9-10 November 2012 (Jumaat, Sabtu)
* di Kolej Universiti Islam Melaka, Kuala Sungai Baru, Melaka.
* percuma
* hubungi Tuan Haji A.Aziz Mohd. Ali
   03-21442412/ 019-3196560
* untuk menyediakan resolusi
   Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran wajib
   demi pembinaan negara dan peradaban bangsa. 

*** MANFAATKANLAH PELUANG INI
*** USAHLAH BERBAHAS DAN BERTELAGAH SESAMA SENDIRI

Tuesday, October 23, 2012

Memoir Kuasa Kata - dalam Berita Harian


Laporan majlis Bicara Karya "Kuasa Kata" yang berlangsung di Balai Kerapatan, IPG Kampus Raja Melewar di dalam Berita Harian 24 Oktober 2012.



Dapatkan buku "Kuasa Kata" dari Ujana Ilmu.

Friday, October 19, 2012

Jemputan Pameran Bulan Bahasa

Surat Jemputan ~ Ketua Satu dan seluruh ahli PEN
daripada: PPANS/608/17 (AKT) (... ), 16 Oktober 2012

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN  2012

Tarikh: 23 Oktober 2012 (Selasa). Jam 2.00 petang
Tempat: Bilik Taklimat UMNO, Badan Perhubungan UMNO, Wisma UMNO
Perasmi: YB Dato' Haji Mohamad Razi bin Haji Kail

Thursday, October 18, 2012

Majlis Bicara Karya ~ Kuasa Kata: dari lisan mengalir ke lautan aksara

Acara Pelancaran Majlis Bicara Karya: Kami mencipta kelainan dalam majlis bahasa-sastera ini. Kedua-dua tokoh menggunting riben yang mengikat gantungan. Kemudian Prof. Rahman Shaari memestamukan sajak beliau 'Sahabat' dan Prof. Dr. Teo Kok Seong menitipkan pesanan peri pentingnya memartabatkan bahasa Melayu yang tulen. 

 Majlis Bicara Karya. Kiri sekali Prof. Rahman, "Langkahan Mahaya yang mengilhamkan" mengupas hal Mahaya sebagai pendidik dan penulis. Puan Nisah Haron, Pengerusi yang rancak dan cekap. Prof.Dr. Teo hal penglibatan Mahaya dalam Munsyi Dewan dan Sari Bahasa serta peranan setiap warga dalam mengangkasakan bahasa Melayu. Kanan, Puan Nor Azah Aziz, editor yang banyak pengalaman, berkongsi hal penerbitan yang patut diketahui oleh semua, terutama golongan penulis.

Prof. Rahman yang telah menghafaz lebih 400 buah puisi. Prof Teo yang menyerlah dalam bidang perjuangan bahasa Melayu. Mereka berdua sahabat dan guru saya sejak 1979. Panel seronok menjawab lebih 12 soalan daripada khalayak.

Khalayak yang bersemangat terdiri daripada tokoh penulis (Dr. Ibrahim Ghafar dan Tuan Ismas Saring dari Selangor), budayawan, golongan ilmuan, tokoh adat, wakil ketua jabatan, pendidik, rakan semaktab 43 tahun yang lalu, bekas pelatih, siwa/siswi UPSI, pelatih IPG Kampus Raja Melewar dan pelajar sekolah. Hadirin mencecah 530 orang!