Tuesday, July 26, 2016

PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN ANTARA JABATAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2016



* Tarikh tutup penghantaran borang dilanjutkan hingga 13 Ogos 2016.

PENGANJUR
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS)

PENYERTAAN
Semua Jabatan Kerajaan Negeri Sembilan dan Persekutan di Negeri Sembilan.

PELAKSANAAN
1.      Pertandingan diadakan secara kalah mati.
2.      Pantun yang dibenarkan ialah pantun empat baris (kerat), dua baris ialah Pembayang dan dua baris Maksud. Rima hujung baris ialah “a,b,a,b”
3.      Setiap pasukan disertai oleh tiga pemantun dan seorang simpanan.
4.      Setiap peserta akan menjual serangkap pantun, dan menjawap serangkap pantun juga.
5.      Pantun mestilah asli, tidak menyentuh hal sensitif seperti peribadi, agama, politik dan perkauman serta mempunyai satu soalan yang jelas.
6.      Pemantun dilarang berbincang sesama ahli serta membawa bahan rujukan.
7.      Pasukan yang memperoleh markah yang tertinggi dikira sebagai pemenang. Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat markah isi terbanyak dikira sebagai pemenang.
8.      Masa untuk menjual pantun ialah 20 saat dan masa untuk membeli pantun ialah 80 saat.
9.      Tema “Budi Bahasa Budaya Kita”, “Memperkasa Bahasa “, “Cintailah Alam Sekitar”, “Semangat Perpaduan”
10. Peserta digalakkan memakai busana kebangsaan atau tradisional.


     PENGHAKIMAN
1.      Sebanyak 50 markah diperuntukkan bagi setiap rangkap pantun, iaitu;
i)                    Isi (20): kejelasan dan ketepatan pantun, kesesuaian tema, padat, mengandungi nilai murni
ii)                   Bahasa (20): pola rima a,b;a,b; pemilihan kata indah, kesinambungan baris pertama dan kedua; hubungan pembayang dengan maksud.
iii)                 Persembahan (10): gaya penyampaian, adab, intonasi suara, tempoh masa penyampaian.
2.      Pertandingan akan diadili oleh tiga (3) orang hakim yang terdiri daripada penggiat sastera dan pendidik. Keputusan hakim adalah muktamad.

     HADIAH
1.      Hadiah berupa wang tunai, piala dan hadiah iringan
i)                    Johan: RM 1,500.00
ii)                   Naib Johan: RM 1,200.00
iii)                 Ketiga: RM 800.00
iv)                Sagu Hati: RM 200.00 setiap pasukan.

     TARIKH PROGRAM
i)                    Taklimat dan Latihan: 5 Oktober 2016 (Rabu)  
ii)                   Separuh Akhir: 26 Oktober 2016 (Rabu)
8.30 pagi - 1.00 tengah hari.
iii)                 Pertandingan Akhir  26 Oktober 2016 (Rabu) 3.30 petang

·        Pihak penganjur berhak meminda, mengubah suai atau memansuhkan mana-mana syarat dan peraturan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau apabila timbul apa-apa isu yang berbangkit, demi kelancaran program.
Urus Setia Program Berbalas Pantun 2016

Borang Penyertaan

Monday, June 06, 2016

Bicara Adat Perpatih

Satu perjumpaan untuk memberi penjelasan terperinci berkaitan Adat Perpatih akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 18 Jun 2016 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat JKKNS, Jalan Sungai Ujong, Seremban (belakang Seremban Gateway/berhampiran Plaza Tol Seremban)

Penceramah: En. Mohd Khairil Hisham Mohd Ashaari (Aktivis Adat Perpatih) 

Majlis ini mengalu-alukan ahli-ahli PEN dan juga orang ramai yang berminat untuk mendapat pemahaman yang lebih jelas tentang Adat Perpatih. 

Monday, May 23, 2016


Untuk makluman dan tindakan semua ahli.

Mohon jasa baik tuan dan puan untuk mencalonkan tokoh-tokoh yang berikut. Kesemua pencalonan akan diteliti semula oleh Jawatankuasa Khas PEN sebelum diputuskan sebagai Calon PEN.
Tugasan kepada tuan dan puan ini juga bermaksud agar semua ahli cakna akan perkembangan sastera tanah air serta turut terlibat berkongsi fikiran dalam kegiatan PEN.

Terima kasih.

Ketua Satu PEN
24 Mei 2016


PENCALONAN

1) PENCALONAN S.E.A Write AWARD 2016
 ~ menulis dalam pelbagai genre (puisi/novel/cerpen/drama)
~ tarikh tutup pencalonan: PEN 31 Mei 2016 (DBP 20 Jun 2016)
~sekretariat: DBP

2) PENCALONAN ANUGERAH TOKOH SENI BUDAYA
DAN ANUGERAH KERYAWAN SENI NEGERI SEMBILAN 2016 
~ penggiat seni budaya yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan perkembangan seni budaya Negeri Sembilan (2014-2016)
~ tarikh tutup pencalonan: PEN 15 Jun 2016 (JKKNNS 22 Julai 2016)
~ sekretariat: JKKNNS


















Daripada Ketua Satu PEN

Tuesday, April 05, 2016

Bengkel Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-kanak


Bengkel Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-kanak 2016
Tarikh: 23 April 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Sek Men Agama Persekutuan Labu
Bilangan Peserta: 30 - 35 orang sahaja
Bilangan kekosongan: 5 TEMPAT SAHAJA
Anjuran: Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)

Pembimbing: Tuan Yusof Gajah
Syarat:
** TERBUKA KEPADA AHLI Penulis Negeri Sembilan (PEN) **
1. Peserta yang bersungguh-sungguh, boleh mencipta cerita dan melukis (Yang tidak boleh ilustrator akan diusahakan)
2. Mestilah menyediakan sebuah cerita kanak-kanak bertemakan budaya setempat, dan yang belum ada di pasaran.
3. Kandungan buku yang sesuai untuk 16 halaman
4. Sila bawa laptop masing-masing dengan aplikasi "PowerPoint". Proses penyuntingan akan berlangsung serentak.
5. Yuran RM100.00
6. Sila jelaskan bayaran ke akaun: Maybank Berhad 1550 1525 0850 atas nama Nisah binti Haron sebelum atau pada 20 April 2016.
7. SMS/WhatsApp bukti pembayaran kepada saya 012 305 7123


Nisah Haron
Ketua 2 PEN

Sunday, February 21, 2016

Senarai AJK PEN 2016 - 2018

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung PEN ke-39 pada 20 Februari 2016 dan mesyuarat ahli jawatankuasa sejurus selepas itu, berikut ialah senarai ahli jawatankuasa PEN untuk tahun pemilihan 2016 - 2018:

Ketua Satu:    Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin
Ketua Dua:    Puan Nisah Haron
Setiausaha 1: Datin Sabarriah Shukur
Setiausaha 2: Puan Syarifah Salha Syed Ahmad
Bendahari:     Cik Norziati Mohd Rosman

Ahli Jawatankuasa:
1. Dr. Norhana Bakhary
2. Dr. Ani Haji Omar
3. Puan Hajah Radziah Abd. Samad
4. Encik Amiza Khusyri Yusof 
5. Encik Mohd Faizal Said
6. Puan Zalila Isa
7. Puan Noorhazlin Yahya
8. Encik Abdul Razak Husin

AJK Tambahan:
- Encik Mohd Yusof Ismail (Yusof Gajah)
- Dr. Khairil Idham Ismail 

PEN mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik.

Thursday, February 18, 2016

Assalamualaikum,
Semua ahli PEN. Surat undangan telah dihantar, dan kini iklan untuk tindakan selanjutnya.
Ahli yang hadir akan memperoleh:
i) sijil keahlian
ii) buku terbitan PEN
iii) mengeratkan silaturahim sesama keluarga penulis
iv) menambah ilmu dan kemahiran dalam Program Perkongsian Bestari
Janji temu kita Sabtu 20 Februari ini!


Wednesday, February 17, 2016

Perkongsian Bestari Sempena Mesyuarat Agung PEN ke-39



Assalamualaikum, ahli PEN (ahli biasa dan Ahli Seumur Hidup) serta penulis dan peminat bahasa dan persuratan nan budiman.

UNDANGAN
Mesyuarat Agung PEN ke-39,
Tarikh: 20 Februari 2016 (Sabtu) jam 8.30 pagi
Tempat: Dewan Za'ba, JKKNNS, Seremban.
 

Atur Cara:
8.30 pagi: Pendaftaran
9.00 pagi: Perkongsian Bestari
~ Puan Nisah Haron
~ Puan Tiras Raduan/Lazuardi Dibalikawan
~ Dr. Khairil Idham Ismail
Moderator: Ustaz Amiza Khusyri Yusof


Buku-buku yang akan dibincangkan sendiri oleh penulis: 

 


    

 
11.00 pagi: Ucapan Perasmian dan Pelancaran Karya Baharu Penulis Negeri Sembilan PEN
11.30 pagi: Mesyuarat Agung PEN ke-39


Sedutan maklumat daripada titipan sebelum ini...

* PENERBITAN
~ Bersempena dengan perayaan Jubli Emas PEN nanti, AJK bercadang untuk menghasilkan beberapa buah penerbitan;
1) Gema Serunai Hati 11 (karya kreatif seperti puisi, cerpen, anekdot, sketsa, drama pendek, kritikan dll.)
2) Rencana Adat Perpatih (esei deskriptif; edisi mudah untuk bacaan umum)
3) Menjejak Bakat di Negeri Beradat (sumbangan, ulasan, pandangan, pengalaman individu tentang penglibatan dalam PEN/dunia persuratan di Negeri Sembilan)

* Kami mengalu-alukan sumbangan penulis (dalam empat buah karya untuk nombor 1 dan dalam dua karya untuk nombor 2 dan 3). Merangka dan merancanglah untuk turut terlibat. Semua penulisan hendaklah sampai ke meja AJK sebelum 31 Mei 2016 (Selasa). Sebarang pertanyaan dan cadangan, silalah titipkan di PM Penulis Negeri Sembilan Pen.

* YURAN
1) Yuran TAHUNAN PEN RM20.00.
2) Yuran AHLI SEUMUR HIDUP masih RM 100.00.
(Undang-undang PEN Jun 2016)

Terima kasih.

Saturday, November 14, 2015

ANUGERAH SASTERA DAN MEDIA NEGERI SEMBILAN 2015



Tarikh: 11 November 2015 (Rabu)/29 Muharam 1437H

Tempat: Klana Resort, Seremban

Perasmi: YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Keputusan:

 
 
 

Gambar Semasa Majlis










Sunday, September 13, 2015

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN 2015 DAN GEMA PUISI MERDEKA, PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2015 Peringkat Negeri Sembilan

Tarikh: 12 September 2015 (Sabtu) pukul 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat: Auditorium Raja Melewar, JKKNNS
Hakim: Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin (K), Dr. Ibrahim Ghaffar, Encik Abd. Ghani Abdullah
Penyertaan: 19 orang peserta dari beberapa negeri jiran, daripada pelbagai bangsa dan latar belakang.
Seorang peserta berbangsa India dan seorang berbangsa Cina turut serta.

Pemenang:
Juara: Encik Fairuzan Abdul Majid
Naib: Encik Ahmad Saidun Mohd. Mokhtar
Ketiga: Cik Siti Syaidatul Amanina Kamaruddin
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Ramimi Ariffin, mewakili DBP.
Pemenang menerima wang tunai, buku dan sijil.


Wakil DBP, wakil JKKNNS, Ketua Satu PEN bergambar dengan para pemenang dan pengadil.



Antara hadirin yang meraikan sayembara.

.Para peserta beraksi mendeklamasikan sajak pilihan masing-masing.









                                      

(Gambar-gambar ikhsan Datin Sabarriah Shukur)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MAJLIS GEMA PUISI MERDEKA

Majlis ini anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan dan JKKNNS dengan kerjasama PEN
Tarikh: 12 September 2015 (Sabtu) jam 8.30 malam hingga 11,00 malam
Tempat: Pekarangan JKKNNS
Tamu undangan: Dr. Lim Swee Tin, Kopratasa, kumpulan kesenian dan ketua jabatan.

Dr. Lim Swee Tin beraksi bersama-sama anakanda beliau.



Puan Hajah Mahaya Mohd. Yassin dan anakanda beliau, Shazmee Rizak Agus Salim menyampaikan "Lentera Zaman"

FORUM PENULIS REMAJA 2015

FORUM PENULIS MUDA (FPM) 2015

Forum ini berlangsung pada 23 Mei 2015, di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM, Nilai.
Para panel Encik Nadzmi Yaakob (Berita Harian), Puan Nisah Haron (PEN), Puan Siti Jasmina Ibrahim (ASWARA). Moderator ialah Encik Fadhli al-Akiti (DBP)
Forum bertajuk "Dakwah dalam Sastera Islam: Kreativiti dan Pengaruh" dianjurkan oleh DBPWTgh. dengan kerjasama USIM dan PEN.



KEGIATAN PEN BERSEMPENA DENGAN MESYUARAT AGUNG KE-38, 2015



Alhamdulillah. Mesyuarat Agung (MA) PEN yang ke-38, pada 28 Februari 2015 (Sabtu) di SMK Seremban Jaya 2,Negeri Sembilan, berlangsung dengan meriah dan jayanya.

Bersempena dengan MA tersebut, tiga kegiatan besar telah dapat dilaksanakan dengan memperoleh sambutan yang amat merangsangkan. Lebih 340 orang hadirin yang terdiri daripada pendidik, penulis, ketua jabatan, pelajar serta peminat bahasa dan persuratan hadir. Turut diadakan ialah pameran dan jualan buku oleh DBP, ITBM dan penerbit swasta yang lain.

Antara tamu ialah YBhg. Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Encik Abang Patdeli bin Muhi, Pengarah DBPWtgh., wakil ITBM dan wakil Pengetua SMK Seremban 2 sendiri.

Dalam  kata alu-aluan beliau, Ketua Satu turut mengumumkan bahawa SMK Seremban 2 telah dijadikan Sekolah Angkat PEN.


1)  Wacana Bahasa

Tepat jam 8.40 pagi, YBhg. Dr. Awang  Sariyan telah hadir (awal) untuk menyampaikan ucap utama beliau, setelah Keua Satu menyampaikan Ucapan Alu-aluan. Tajuk Wacana Bahasa pada kali ini ialah "Aspek Nilai Sebagai Komponen Teras dalam Pendidikan Bahasa dan Strategi Pengajarannya"
Kupasan beliau amat menarik dan bermanfaat. Khalayak diajak untuk sama-sama memikirkan dan mengamalkan penguasaan bahasa Melayu yang betul dan baku sepanjang masa.


YBhg. Datuk Dr. Awang bin Sariyan dengan tajuk yang amat releven.


Encik Razak Husin (Sarang Tempuan di Taman Ayah), Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin (Pesanan Pendeta) dan Puan Mas Ruhaiza Ali (Suteki Da Ne Aleena) sempat beramah mesra dengan tamu undangan. Karya mereka bertiga turut diperkatakan dalam Bicara Karya pada pagi tersebut.


Antara khalayak yang turut hadir.




2. Bicara Karya

 Bicara Karya, Cik Norziati Rosman (pembicara), Puan Nisah Haron (pembicara), Encil Mohd.Faizal Said (Pengerusi) dan Encik Zainal bin Kadir (pembicara).






Penulis-penulis bersama-sama karya masing-masing bergambar bersama-sama pembicara serta tetamu undangan.


Penyampaian cenderamata; ada ubi ada batas, ada budi ada balas.


3. Mesyuarat Agung

Mesyuarat Agung PEN yang ke-38 berlangsung di Bilik Perpustakaan SMK Seremban 2. Tuan Haji Hamzah bin Hamdani (Setiausaha GAPENA) mewakili GAPENA turut hadir.
Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-kira bergambar bersama-sama wakil GAPENA.



4. Sesi Bercerita Teknik Kamishibai

Ketika Mesyuarat Agung berlangsung, khalayak pelajar turut dihiburkan dengan sidang Bercerita Teknik Kamishibai di Dewan Besar, oleh Puan Mazni Md Ramly. Teknik ini bermula dan masyhur di negara Jepun.



Sesungguhnya, PEN merakamkan ucapan terima kasih kepada pihakYBhg. Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP, para tamu, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah, SMK Seremban 2, Pembicara, pendidik pelajar, penulis, AJK serta pelajar SMS 2 yang menjayakan majlis PEN ini. Semoga kerjasama nan erat dan padu ini akan berterusan.

Sunday, July 05, 2015

Bengkel Intensif Seni Bercerita dalam Travelog - Siri #1

Assalamualaikum tuan/puan,

Mutakhir, genre penulisan buku kembara @ travelog sudah mula mendapat tempat dalam kalangan pembaca. Sementara kita meraikan minat baharu pembaca, masih ada beberapa penambahbaikan kepada seni penulisan buku kembara sedia ada. Terdapat buku yang terlalu terperinci seperti sebuah buku teks sejarah, ada pula yang meninggalkan terlalu banyak peristiwa, tidak kurang juga yang tidak dapat berekspresi dengan baik.

Justeru, Nisah Haron, yang telah menulis buku "Kembara Sastera Nisah Haron" dan beberapa artikel kembara yang lain, sedia berkongsi tip dan panduan untuk penulis yang berminat dalam genre ini.
Penyertaan diutamakan kepada calon yang:
  1. Sudah ada bahan kembara
  2. Mempunyai manuskrip, tetapi belum lengkap (atau hampir siap)
  3. Sudah memulakan penulisan (sekitar 3 - 4 bab)
  4. Serius
  5. Ada pengalaman / asas menulis
Pengisian:
  • Pengenalan penulisan travelog
  • Teknik mengumpul bahan-bahan kembara
  • Teknik menyusun fakta dan peristiwa
  • Cara menyusun bab yang menarik
  • Seni bercerita: fakta vs. kreativiti
  • Membina unsur dramatik dalam penulisan
  • Memasukkan emosi dan pemikiran dalam travelog
  • Slaid/bahan edaran disediakan
  • Sebuah cenderamata buku sumbangan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
  • Sijil penyertaan
Penginapan (jika perlu) dan berbuka puasa atas urusan peserta.

Butiran bengkel adalah seperti yang berikut:
  • Tarikh: 11 Julai 2015 (Sabtu)
  • Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang (3 sesi - 2 sesi pagi, 1 sesi petang)
  • Tempat: Bilik Mesyuarat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan
  • Kompleks JKKN NS, Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban.
  • Pembimbing: Nisah Haron - Penulis buku Kembara Sastera Nisah Haron": United Kingdom & Dublin" (ITBM, 2012)
  • Pelaburan anda: RM200 sahaja
  • Tempoh bengkel: Satu (1) hari
Terhad kepada 20 orang peserta yang diluluskan pembimbing.

E-melkan bahan yang sudah ditulis (1 - 2 bab sahaja) kepada nisah.haron@gmail.com sebelum atau pada 9 Julai 2015.

  • Sertakan:
  • Nama penuh:
  • Alamat surat menyurat:
  • E-mel:
  • Nombor telefon (rumah/pejabat/telefon bimbit):
Bagi yang bersetuju, mohon jelaskan separuh bayaran (RM100) ke akaun Maybank 1550 1525 0850 atas nama Nisah Haron, manakala bakinya pada hari pendaftaran.

Program ini anjuran bersama:




















Sehingga bertemu sewaktu bengkel, insya-Allah.

Terima kasih.


Monday, March 23, 2015

Semua ahli PEN, para penulis, penggiat sastera dan sesiapa sahaja yang berminat. 
Perhimpunan tokoh antarabangsa untuk kita manfaatkan kepakaran mereka.
Peluang untuk kita memacu ilmu dan pengalaman,
meningkatkan mutu karya khas untuk anak-anak bangsa.




Monday, February 09, 2015

Surat Panggilan Mesyuarat Agung & Undangan ke Majlis Wacana Bahasa

Assalamualaikum,
semua ahli PEN (Ahli Seumur Hidup dan Ahli Biasa) serta peminat bahasa dan persuratan.
Bersama-sama ini disertakan surat Panggilan Mesyuarat Agung PEN yang ke-38. Bersempena dengan mesyuarat ini, akan dilaksanakan empat kegiatan kebahasaan. Semua diundang untuk berkongsi manfaat.
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan (yang berkenaan) dipohon melunasi yuran tahunan sebanyak RM20.00 atau Yuran Ahli Seumur hidup hanya RM100.00 kepada Bendahari pada hari tersebut.
Terima kasih,