Sunday, February 26, 2012

Ucapan Ketua Satu (sempena Mesyuarat Agung PEN ke-35)

Ucapan Ketua Satu

( sempena Mesyuarat Agung PEN ke-35,

26 Februari 2012, di JKKN Negeri Sembilan)


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Nya,

Mengizinkan kita bermuzakarah, bersua muka,

Ilmu dan kemahiran ditingkatkan sama,

Amalan dimantapkan demi manfaat semua.


Sebelum mesyuarat kita laksanakan,

Kita amat-amati wacana ilmu, tokoh jemputan,

Dr. Hajah Siti Zainon Sasterawan-Budayawan,

Hal pemerkasaan jati diri berpaksikan warisan.


Pada tetamu, Dekan, Pengarah, istimewa anakanda pelajar,

Semoga butir mutiara ilmu, dijadikan iktibar,

Kejayaan hidup duniawi ukhrawi kita kejar,

Saling mengingatkan, dalam reda dan sedar.


Sesungguhnya, teradun dalam titipan,

Lafaz penghargaan ikhlas saya rakamkan,

Pertama, Pengarah JKKN dan sahabat sejabatan,

Ruang dan jamuan majlis turut disumbangkan.


Buat adinda saya Dr. Siti, tokoh jempolan,

Terima kasih daun keladi saya kalungkan,

Kesudian perkongsian terpahat di ingatan,

Janganlah serik berkunjung ke Negeri Sembilan.


Syukur ya Allah, dipermudahkan segala usaha,

Kepada semua, terima kasih yang tidak terhingga,

Kehadiran dan sokongan amat berharga,

Semarakkan hajat PEN perkasa bahasa dan sastera.


Kepada ahli jawatankuasa yang dikasihi,

Kerjasama dan pengorbanan kalian amat dihargai,

Semoga sumbangan kita mendapat restu Ilahi,

Membijaksanakan bangsa seikhlas hati.


Dato’, Datin, tuan, puan yang budiman,

Kesilapan & kekurangan kami, mohon dimaafkan,

Yang baik-baik sahaja ambillah tindakan,

Selebihnya insya-Allah, kita jadikan pedoman.


Terima kasih daun keladi,

Sepenuh takzim saya berundur diri,

Wabillahi taufik wal hidayah,

Assalamualaikum warah matullah.


Mahaya Mohd.Yassin.

Monday, February 06, 2012

Notis Mesyuarat Agung PEN ke-35


Ruj.Kami:PEN.S1/12(2)
23 Safar 1433H
26 Januari 2012
Kepada:                                                                                      

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PEN KE-35

Dengan penuh takzim Dato’/Datin/Tuan/Puan dijemput ke mesyuarat yang di atas pada butiran yang berikut : 

Tarikh : 4 Rabiulakhir 1433/26 Februari 2012 (Ahad),
Masa  : 8.30 pagi, 
Tempat : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan Seremban

2.  Atur cara majlis adalah seperti yang berikut:

8.30 pagi:     Pendaftaran
9.00 pagi:      Wacana Ilmu: ‘Warisan Ibunda: Membina Jati Diri dalam Sastera Budaya’ oleh Budayawan-Sasterawan Prof. Dr. Hajah Siti Zainon Ismail

10.30 pagi:    Mesyuarat Agung PEN ke-35
                      Agenda:
·         Ucapan Ketua Satu
·         Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-34
·         Pembentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan 2011
·         Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2011
·         Pemilihan Jawatankuasa PEN 2012 - 2013
·         Pembentangan dan Perbahasan Usul
·         Ucapan Penangguhan

3. Sila sahkan kehadiran dan kemukakan usul secara bertulis sebelum 15 Februari 2012.
Kerjasama dan kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai. Terima kasih.

“MENDIDIK & MEMUGAR BAHASA, SASTERA & BUDAYA BANGSA”
Yang menjalankan tugas,

t.t.
(DATIN HAJAH SABARRIAH SHUKUR)
Setiausaha Satu

Peta ke JKKN. Klik pada peta untuk paparan yang lebih jelas.

Titipan Ketua Satu 2012


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Ahli PEN yang budiman,
Selamat meneruskan kehidupan sebagai khalifah dan hamba-Nya yang beriman, bertakwa dan beramal. Didoakan saudara sekeluarga sentiasa dalam lindungai Allah. Amin.

Saudara-saudara yang mencipta peningkatan dalam pelbagai bidang dan hal setakat ini, alhamdulillah dan tahniah. Semoga Allah terus memberkati kalian.

Saudara-saudara yang diduga Allah, diharap terus bersabar dan didoakan semakin sihat. Allah sayang akan kita dan akan diberikan-Nya ganjaran yang lebih baik. Amin.

Dengan penuh takzim saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kalian yang bersatu padu membantu saya dan AJK mentadbirkan PEN. Bantuan, nasihat, kerjasama dan doa kalian amat kami hargai, terima kasih daun keladi. Semoga usaha kita memartabatkan bahasa, sastera dan budaya bangsa dipermudahkan-Nya. Insya-Allah.

Sekadar makluman :

i)  Buku Perlembagaan Baharu (pindaan Mei 2011). Pindaan utama.yang telah diluluskan ialah hal yuran. Kini yuran ahli setahun ialah R20.00 dan yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) kekal Rm100.00 Sesiapa yang belum memiliki Buku Perlembagaan, harap dapat menghubungi urus setia PEN.

ii) Memanfaatkan Teknologi Maklumat. PEN dalam proses menggunakan e-mel, blog dan facebook selain telefon bimbit sebagai wadah perhubungan sesama ahli. Langkah ini lebih menjimatkan kos dan masa berbanding cara biasa iaitu, surat menyurat.

iii) Antologi Karya Terbaharu.Alhamdulillah, PEN dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara Negeri Sembilan terlah berjaya menerbitkan Gema Serunai Hati 10: Adat Perpatih Keunikan Negeri Sembilan (selenggaraan Sabarriah Shukur).
~Pelancarannya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamed Adnan bin Haji Hamzah, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan pada 26 November 2011.
~Sempena Mesyuarat Agung ke-35 nanti, saudara akan mendapat antologi tersebut, insya-Allah.

iv)Rancangan Penerbitan 2012. PEN merancang menerbitkan dua antologi karya ahli. Pertama ialah Buku Kanak-kanak (puisi, cerpen dan novel) dan antologi Haiku. Ahli yang berminat sila hubungi Puan Nisah Haron (Buku Kanak-kanak) dan Datin Sabarriah Shukur untuk antologi Haiku.

 Kita berjumpa pada majlis Mesyuarat Agung PEN yang ke-35 nanti, insya-Allah.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Mahaya Mohd.Yassin
Ahad, 21 Safar 1433/ 15 Januari 201

Wednesday, January 18, 2012

FESTIVAL PENULIS bersempena KARNIVAL KARANGKRAF 2012
_____________________________________________________

Kekanda Mahaya Mohd Yassin
Sahabat saya yang dihormati;

Semoga tuan dan keluarga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan diberi kejayaan demi kerjayaan dalam hidup seharian.

Saya dengan berbesar hati ingin menjemput tuan dan sahabat untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis Festival Penulis yang akan di adakan pada 27, 28 dan 29 Januari 2012 ini bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf.

Sebagai insan yang sama-sama terbabit dalam kegiatan penulisan, pemasaran karya dan membangunkan dunia buku, jemputan ini amat besar maknanya bagi industri perbukuan negara.

Inilah julung kalinya diadakan festival untuk penulis, disertai showcase penulis dan acara sembang buku selama tiga hari berturut-turut seperti jadual yang saya sertakan.

Atau jika tuan tidak mahu terikat dengan acara sembang buku, bolehlah kita berbual santai di kafe dan di kedai buku. Sepanjang tiga hari ini kami sediakan ruang yang sesuai untuk kita sebagai pemain dalam industri buku bertemu dan berbincang secara sihat tentang karya dan buku-buku serta bagaimana memasarkannya ke medan yang lebih luas.

Kita dan dunia penulisan berpisah tiada...Besarlah harapan saya jika tuan dapat memberi respons terhadap jemputan saya ini. Harap tuan dapat panjangkan jemputan ini kepada sahabat-sahabat PEN kita yang lain.

Sekian terima kasih.

Daripada saya;
Sri Diah Shaharuddin
Pengurus Besar Penerbitan
Grup Buku Karangkraf.

Tel: 019-3431805

Monday, January 16, 2012

Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

Setelah agak lama tiada pengumuman sayembara penulisan kreatif yang agak besar, kini sudah ada peluang untuk menyertainya. Berikut pengumuman satu sembara oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, PENA dan Berita Harian.


Pengumuman Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

  • Sayembara ini pertama kalinya akan dianjurkan bersama ITBM, PENA dan Berita Harian sebagai strategi pelaksanaan untuk membentuk penulis muda yang matang serta mapan, mampu menyumbang kepada pembangunan insaniah, dan membina interaksi yang bermanfaat antara penulis dengan pembaca. Terbahagi kepada tiga kategori, iaitu penulisan novel, cerpen dan puisi; sayembara ini terbuka kepada semua penulis muda tempatan di bawah umur 45 tahun, yang lahir pada tahun 1966.
  • Penulis yang menyertai sayembara penulisan novel dikehendaki menghasilkan karya sastera positif yang tidak ditetapkan had halaman muka surat. Tempoh masa satu (1) tahun diberikan bagi menghasilkan dan menghantar penyertaan sayembara penulisan novel ini. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari 2013.
  • Bagi kategori cerpen, setiap penulis terbuka untuk menghasilkan 10 karya dalam sebarang genre penulisan. Manakala kategori puisi pula, penulis dikehendaki menghasilkan 30 puisi yang tidak dihad jumlah panjang bagi setiap karya. Tempoh masa penghasilan dan penghantaran karya bagi kedua-dua kategori ini adalah dalam tempoh masa enam (6) bulan. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai 2012.
  • Peserta sayembara ini bebas menghantar seberapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, setiap penyertaan hendaklah menggunakan judul dan isi kandungan yang berbeza. Sayembara ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM130,000 untuk pemenang, dan berikut adalah pecahannya:

Kategori Novel

Hadiah Pertama: 1 x RM15,000
Hadiah Kedua: 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM9,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM3,000

Kategori Cerpen

Hadiah Pertama: 1 x RM10,000
Hadiah Kedua: 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM5,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM2,000

Kategori Puisi

Hadiah Pertama: 1 x RM10,000
Hadiah Kedua: 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM5,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM2,000
  • Untuk maklumat lanjut dan memuat turun borang penyertaan Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian, sila layari laman web ITBM di www.itnm.com.my.

Wednesday, December 28, 2011

Tawaran Minggu Penulis Remaja 2012

Jemputan Minggu Penulis Remaja MPR 2012

Tarikh: 9 hingga 13 Mac 2012
Tempat: Belum ditentukan
Peserta: Remaja warganegara Malaysia. Berusia 17 - 21 tahun.

Syarat: Pernah menghasilkan karya kreatif (puisi, cerpen dan Novel) yang disiarkan dalam media cetak. Salinan karya yang pernah disiarkan dalam media cetak sebagai bukti.

E-melkan penyertaan kepada Azman al-Kurauwi
E-mel: azman_a@dbp.gov.my Tel: 03 2148 2550 faks 2144 7269

Wednesday, December 21, 2011

Hasil Karya Perkampungan Penulis Muda Negeri Sembilan 2011

Sebahagan hasil karya para peserta Perkampungan Penulis Muda yang berlangsung di SMK Dato' Undang Abdul Manap telah diterbitkan dalam majalah Dewan Siswa Disember 2011 beserta dengan ulasan oleh pengulas tetap Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin, Ketua Satu PEN.


Dapatkan naskhah Dewan Siswa Disember 2011 untuk menikmati hasil karya penulis-penulis muda yang berbakat ini.

Saturday, December 03, 2011

Perhimpunan Penulis Muda Nasional ke-3

Perhimpunan Penulis Muda Nasional Pertama di Tg. Piai, Johor (2005)
Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kedua di Ayer Keroh, Melaka (2009)
Perhimpunan Penulis Muda Nasional Ketiga di Kuala Lumpur (2011)


Sudahkah anda mendaftar sebagai peserta? Jika belum, sila ke sini untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran, penginapan dan lain-lain.


Pendaftaran terbuka dan keutamaan diberikan kepada para penulis muda berusia 40 tahun ke bawah.


Tarikh : 16 - 18 Disember 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. 


Tema PPMN III ialah "Pengukuhan Makna Diri Pengarang Muda." 

Tentatif :

16 Disember 2011 (Jumaat)
9.00 pagi - 3.00 petang : Pendaftaran Peserta
4.00 - 5.00 petang          : Ucapan YM Raja Arif bin Raja Ali, Ketua Pengarah Biro Tatanegara
8.45 - 11.00 malam         : Perasmian oleh Dato' Seri Mohd Najib Tuan Abdul Razak, PM Malaysia
                                               (di Hotel Intercontinental, Jalan Ampang)

17 Disember 2011 (Sabtu)
8.30 - 10.00 pagi            
Ucaptama "Pengarang Muda dan Makna Diri"
Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar (USM)
Pengerusi: Dr Mohamad Saleeh Rahamad (PENA)

10.00 - 10.20 pagi  :  Jamuan pagi

10.20 pagi - 12.30 tengah hari
Sesi Pembentangan Kertas Kerja I
Pengarang Muda di Tengah Cabaran Intelektual, Kreativiti dan       Pertembungan Pandangan Alam
Panel:
  1. Syed Mohd Zakir Syed Othman (PENA)
  2. Dr Awang Azman Awang Pawi (UNIMAS)
  3. Dr Mohd Zariat Abdul Rani (UPM)
    [Materialisme, Islam dan Nilai Kesasteraan: Satu Penelitian Terhadap Novel-novel Popular Islami Terbitan PTS Sdn. Bhd. Berdasarkan Persuratan Baru]
  4. Nisah Haji Haron (UKM)
    [Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Penulis Muda Mencari Locus Standi]

12.30 tgh hari - 2.30 petang   : Makan tengah hari 
                                                                   
2.30 - 3.30 petang 
Sesi Pembentangan Kertas Kerja II:
Tradisi dan Pengalaman Kepengarangan Islam Sebagai Teras 
Pemikiran dan Pengucapan

Panel:
  1. Muhammad Zarif Hassan
    [Kepengarangan Muda: Mencari Sinar Tradisi Kembali]
  2. Dr Kamariah Kamarudin (UPM)
    [Risalah Tarbiah Dalam Tradisi dan Pengalaman Kepengarangan Islam Sebagai Teras Pemikiran Dan Pengucapan: Penelitian Terhadap Pengarang Muslimah Mutakhir Pilihan]
  3. Zaid Akhtar
    [Menelusuri Diaspora PenulisTimur Tengah]
  4. Sailfullizan Yahaya (DBP)
  5. Moderator: Salman Sulaiman
3.30 - 3.45 petang                 : Minum petang

3.45 - 5.15 petang
Sesi Pembentangan Kertas Kerja III:
 Perkembangan Pengarang Muda Kontemporari: 
AntaraTanggungjawab Sosial dan Individu"


Panel:
  1. Mohd Ali Salim (PEKASA)
    [Mengangkat Tingkat Penulis: Satu Perspektif]
  2. Ummu Hani Abu Hassan
    [Tanggungjawab Penulis Menurut Perspektif Teori Proses Kreatif Dakwah]
  3. Faridah Abdul Hamid (BAHASA)
    [Dunia Kepengarangan Penulis Muda Kontemporari: Antara Kesungguhan Dan Pertanggungjawaban]
  4. Muhammad Lutfi Ishak (PENA)
    [Pengarang Sedar: Antara Tanggungjawab Individu dan Sosial]
  5. Moderator: Rebecca Ilham

8.30 - 11.00 malam                : Malam Genta Puisi ASWARA - PENA

18 Disember 2011 (Ahad)
8.30 - 10.00 pagi
Sesi Pembentangan Kertas Kerja IV
Pengarang Muda dan Faham Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Panel:
  1. Mohd Arif Atan (UM)
  2. Mohd Hilmi Ramli (HAKIM)
    [Pengarang Muda dan Faham Dasar Kebudayaan Kebangsaan]
  3. Dr. Mohd Faizal Musa (ATMA, UKM)
    [Hegemoni Budaya, Nasib Minoriti & Peranan Pengarang Muda]
  4. Moderator: Mohd Ali Atan

10.00 - 10.20 pagi                  : Minum pagi

10.20 pagi - 12.30 tengah hari
Sesi Pembentangan Kertas Kerja V:
Perkembangan Pengarang Muda Mutakhir

Panel:
  1. Mohd Jaafar Hamdan (DBP)
    [Perkembangan Karya Pengarang Muda Mutakhir Sarawak dan Sabah Sepintas Lalu]
  2. Dr Mohd Hanafi Ibrahim (DBP)
  3. Shamsudin Othman (UPM)
    [Jurang Yang Berjungkir Balik: Antara Kesegaran Muatan Puisi Atau Idealis Angkatan-21?]
  4. Ariff Mohamad (UPSI)
    [Cabaran Naratif Melayu Baharu Generasi Milenium]
  5. Moderator: Rita Robert Rawantas
12.30 tgh hari - 2.30 petang    : Makan tengah hari

2.30 - 4.00 petang                  : Pembentangan Resolusi

4.00 petang                            : Penangguhan PPMN III
Sebarang pertanyaan lanjut tentang PPMN III sila ajukan kepada: 
  • Sdr Muhammad Lutfi Ishak (lutfi_ishak@yahoo.com)
  • Sdr Ariff Mohamad (ariffmohamad@gmail.com)
  • Sdr Rebecca Ilham (beckyilham@yahoo.com) dan/atau 
  • Sdr Hani Salwah (haniesalwah@gmail.com).
Semoga bertemu di PPMN III nanti!