Wednesday, March 13, 2019

Majlis Perasmian Sambutan Setengah Abad PEN



Majlis Perasmian Sambutan Setengah Abad PEN
dan Pelancaran Buku Khas
Setitis Jadikan Laut
2 Mac 2019 (Sabtu) 9.00 pagi
di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau

disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd. Noor bin Basir, Pegawai Khas Parlimen, mewakili 
Yang Berhormat Tuan Eddin Syazlee bin Shith,
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Atur Cara:
* Dialog PEN
Panel: Dr. Khairil Idham Ismail
Encik Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee
Sdr. Presiden MPP Muhammad Amirul Faizeen bin Zainuddin
Moderator: Puan Zalila Isa 

* Ucaptama: YBhg. Prof Adjung Dr. Zakaria bin Ali, 
Sasterawan Negeri Sembilan

* Mesyuarat Agung PEN ke-42

~ Terima kasih segunung Intan kepada tamu kehormat, 
Puan Pengarah, pendidik, pelajar dan seluruh warga KVDLM,
undangan, ahli PEN serta sesiapa jua 
yang membantu menjayakan majlis ini.

~~~~~~***~~~~~~







Para tamu, ahli PEN dan pelajar Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja Rembau.




Hadirin semasa Dialog PEN dan Ucaptama.

Dialog PEN; Puan Zalila, Presiden MPP, M. Amirul, En. Muiez dan  Dr.Kharil

Ucaptama: YBhg. Prof. Adjung Dr. Zakaria bin Ali, Sasterawan Negeri Sembilan.

Para tamu, ahli PEN dan pelajar.

Para tamu, ahli PEN dan  pelajar.

Ucapan Sambutan Ketua Satu Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin.

Deklamasi puisi patriotik oleh Sdra. Shaidatul Amanina

Ucapan Perasmian oleh YBhg. Encik Mohd. Noor bin Basir, mewakil YM Timbalan Menteri.

Gimik pelancaran mempertahankan kuasa buku dan lmu oleh pelajar KVDLM.

Pelancaran buku khas Setitis Jadikan Laut.

Pelancaran buku khas Setitis Jadikan Laut.

Editor buku khas, Puan Nor Azah Abd. Aziz, menerangkan sesuatu kepada tamu.

Penyumbang karya buku khas dan penulis PEN yang ada buku baharu.

Terima kasih daun keladi daripada PEN

Terima kasih daun keladi daripada Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja Rembau.

Ahli Jawatankuasa PEN 2018-2010 yang sempat hadir.



AJK bersama-sama sebahagian tamu.






Thursday, February 28, 2019

Sambutan Setengah Abad PEN

Undangan
Semua ahli PEN (Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup)
dan pencinta bahasa dan persuratan

pada 2 Mac 2019 (Sabtu) 8.30 pagi
di Dewan Besar, kolej Vokasional Daro' Lela Maharaja, Rembau

Majlis Perasmian Sambutan Setengah Abad PEN 
Pelancaran Buku Khas Setitis Jadikan Laut

Atur Cara:
9.00 pagi:
* Dialog PEN, Agropreneur Berkarya
Panel: Dr. Khairil Idham Ismail
           Cikgu Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee
           Sdr,  Muhamad Amirul Faizeen bin Zainudin, Presiden MPP

           Moderator: Puan Zalila binti Isa.

* Ucaptama oleh YBhg. Prof. Adjung Dr. Zakaria bin Ali
   Sasterawan Negeri sembilan (Anugerah Za'ba)

* Ucapan Perasmian dan Pelancaran Buku
oleh YB Tuan Eddin Syazlee bin Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

* Mesyuarat Agung PEN ke-41     

teks

Friday, January 25, 2019

SURAT PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PEN KE-42

Assalamualaikum
semua ahli PEN (ahli biasa dan Ahli Seumur Hidup) nan budiman.

YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan diundang ke Mesyuarat Agung PEN ke-42 pada;
2 Mac 2019 (Sabtu), jam 8.30 pagi, 
di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan.

~ Bersempena dengan Sambutan Jubli Emas PEN pada mesyuarat kali ini, kita akan turut melancarkan buku khas berjudul Setitis Jadikan Laut oleh tamu khas.

~ Semua ahli biasa, dipohon menjelaskan yuran tahunan tuan puan sebanyak RM20.00 pada sesi pendaftaran nanti.

~  Semua ahli dipersilakan mengemukakan usul bertulis sebelum 25 Februari 2019.

~ Silalah sahkan kehadiran tuan puan sebelum 25 Februari 2019.

Marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab kita dalam berpersatuan, dan sekali gus membantu memartabatkan bahasa dan persuratan tanah air.

Wassalam. Terima kasih.  
 

Friday, September 21, 2018

MERAIKAN SETENGAH ABAD PEN: AMANAH DAN SUMBANGSIH PEN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA DAN PERSURATAN BANGSA

(20 September 2018, di SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah)

Alhamdulillah, sekelumit perkongsian kami dalam Forum PEN di Karnival Kerjaya dan Pesta Buku Kuala Pilah. Semogo golongan pelapis berasa tergugah, terpikat dan menyertai perjuangan BBK bahasa dan persuratan.

Ketua Satu;
* PEN pelaksana amanah melunasi tiga matlamatnya, sejak ditubuhkan pada tahun 1968.

* Sumbangsih PEN
1) Pendidikan Pelajar. Majalah "Suria", bimbingan peperiksaan; ceramah/bengkel penulisan kreatif; "Sekolah Angkat PEN".

2) Penerbitan Karya
Sejak 1970 hingga kini, puluhan karya ahli diterbitkan secara istiqamah.

3)Kerjasama di radio dan pihak swasta
Di Negerifm-Sari Bahasa, Diskusi Sastera, Pantun Berjawab, deklamasi puisi; Utusan Sukma: Sepagi Bersastera 2009/2010.

4) Sastera Kanak-kanak
Fokus sejak awal, terbit banyak karya, diskusi, bengkel dan penerbitan; Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak PEN-NAMINARA 2016, perlongsian silang budaya Malaysia-Korea Selatan; Jerayawara PEN 2018 (Kedah, N. Sembilan, Kelantan, Johor, Putrajaya, UPM, Melaka, Miri.

5) Anugerah Sastera Negeri Sembilan, 2004, 2005, 2007, 2015, 2017.

6)Pengiktirafan
Penulis PEN memenangi hadiah/anugerah di Malaysia dan luar negara;
pengurniaan bintang kehormatan; penerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2017 Kategori Persatuan.

Puan Nor Azah: produk PEN: pendedahan dan penglibatan dengan PEN ketika di tingkatan 6, TKC; perjuangan dan pencapaian PEN menginspirasikan dan mendorong usaha dan kerjaya sebagai penulis, editor dan konsultan penerbitan.

Moderator Tn.Hj. Zaid Mad Zaid Md Saman; antara penulis PEN yang berjaya -Tn. Hj. Abd. Latib Talip.

Ketua Satu PEN,
Jumaat, 11 Muharam 1440H/21 September 2018.

Pengetua, pendidik, para pegawai, pelajar dan orang ramai.


Suntikan kuiz dan kemahiran bahasa untuk merancakkan majlis. Pelajar teruja dan bermotivasi.

Puan Nor Azah Abd. Aziz (Konsultan Penerbitan) berkongsi pengalaman. Di kanan sekali, Moderator Tuan Haji Zaid (Ketua Dua)

Penyampaian buku-buku PEN untuk perpustakaan sekolah.

Ceria dan santai...

Sudut pameran dan jualan buku PEN

Monday, March 12, 2018

JAWATANKUASA PEN 2018-2019

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) telah dilaksanakan hari ini, 10 Mac 2018 (Sabtu) di Dewan Seminar Za'ba, JKKNNS.

~ Perkongsian Bestari mengetengahkan ulasan "Buku" kumpulan puisi kanak-kanak oleh Mahaya Mohd.Yassin oleh Prof Madya Dr. Ani Omar.
~ Ulasan kedua berdasarkan antologi puisi "Monolog Alam" pula oleh Dr. Wan Zaliha Wan Othman.
~ Tuan Haji Hamzah Hamdani (Setiausaha Satu GAPENA
yang kini di Sabah, membicarakan hal Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Ulasan beliau disampaikan oleh Encik Faizal Said.

~ Acara santai minda sambil memercikkan ilham dan motivasi ialah Pelancaran 12 karya baharu PEN.


~ Acara yang dinanti-nantikan ialah penyampaian ucaptama dan perasmian majlis oleh Prof. Dr. Zakaria Ali, Sasterawan Negeri Sembilan. Bicara beliau berkaitan dengan "Tulisan Bernas" menjanakan kesedaran dan semangat agar penulis berkarya berasaskan kebernasan, "clarity".


~ Keputusan Mesyuarat Agung ke-41
Ketua Satu: Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin.
Ketua Dua: Tuan Haji Zaid Md Saman
Setiausaha Satu YBhg. Dato' Hajah Sabarriah Shukur
Setiausaha Dua: Dr. Norhana Bt Bakhary
Bendahari: Cik Norziati Rosman
Ahli Jawatankuasa:
Prof. Madya Dr. Ani Omar.
Encik Faizal Said.
Puan Zalila Isa
Puan Noorhazlin Yahya
Encik Yusof Gajah
Dr. Khairil Idham Ismail
Puan Nor Azah Abd. Aziz.
Puan Juarina Hassan.

Pemeriksa Kira-kira:
Puan Siti Salbiah @ Tiras Raduan
Puan Norazlina Othman.


~Kepada AJK dan semua yang membantu dari dahulu, kini dan akan datang, terima kasih seikhlas hati kerana berkorban untuk bersama-sama PEN dalam memartabatkan bahasa dan persuratan bangsa.

~Semoga semua usaha kita berbuah menjadi dakwah dan ibadah. Insya-Allah.

Mahaya Mohd.Yassin,
Sabtu, 22 Jamadilakhir 1439H/10 Mac 2018

Thursday, December 14, 2017

Anugerah Citra Sahabat DBP 2017

PERSATUAN PENULIS NEGERI SEMBILAN (PEN)
PENERIMA  ANUGERAH CITRA SAHABAT DBP 2017, 
KATEGORI PERSATUAN/PERTUBUHAN.

Alhamdulillah!
Bersempena dengan Majlis Hari Inovasi DBP 2017, Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) terpilih sebagai Penerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2017.  Majlis gilang-gemilang itu berlangsung pada 8 Disember  2017 (Jumaat) di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

PEN didaftarkan pada 28 Oktober 1968. Nombor pendaftarannya 118 Negeri Sembilan. Pada tahun 2018, PEN bakal merayakan ulang tahunnya yang ke-50. PEN bergerak untuk menyatupadukan penulis menerusi bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Perjuangan PEN adalah untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan kebangsaan. (Matlamat: Perlembagaan PEN)

Pengiktirafan ini amat bermakna kepada PEN. Inilah pertama kali PEN terpilih untuk memenangi sebarang anugerah. Kami berharap seluruh Jawatankuasa serta ahli PEN akan berasa tergugah untuk meneruskan perjuangan memartabatkan bahasa dan persuratan melalui karya yang bermutu dan bermanfaat.

Surat makluman dan undangan daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.


Hadiah yang diperoleh, plak, sijil dan sepasang buku.


                                       Ketua Satu PEN, menerima anugerah daripada
                               YBhg. Dato' Sri Alias bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha,
                                                Kementerian Pendidikan Malaysia.


Wakil PEN; dar kiri Puan Nisah Haron (Ketua Dua),
Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin (Ketua Satu) dan
Dr. Norhana Bakhary (AJK)  


                                                                  ~~~~~~~~~~~~~~~


KEGIATAN

Dalam sijil tercatat "...kerana sumbangan dan kerjasama dalam memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu..."

Antara kegiatan PEN

1) PROGRAM SENI BERBAHASA

Program dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Negeri Sembilan (JKKNNS) ini dilaksanakan pada setiap Sabtu pagi. Kegiatan merangkumi ceramah, bimbingan, tunjuk cara dan perkongsian ilmu dan kemahiran dalam bidang bahasa dan persuratan. Peserta terdiri daripada kanak-kanak, murid, pelajar IPT, staf jabatan dan orang awam.

 
2) PROGRAM BERBALAS PANTUN

 Pada tahun 2016, PEN diamanahkan untuk menganjurkan Program Berbalas Pantun antara jabatan di Negeri Sembilan, pada 26 Oktober. Pada 5 Oktober telah dijalankan taklimat dan latihan agar semua peserta dan petugas benar-benar bersiap siaga dalam prgoram tersebut. Sebanyak lapan buah pasukan mengambil bahagian.  Tema program ialah Adat dan Budaya Negeri Sembilan. Justeru, setiap pasukan memilih nama suku Adat Perpatih.

Juara ialah Pasukan Suku Tanah Datar (Jabatan Penyiaran) dan Pemantun Terbaik ialah Encik Mohd. Fazreen bin Mohd. (Suku Tanah Datar).

                                                             Acara peringkat akhir


            Encik Mohd. Fazreen bin Mohd. dan Pasukan Suku Tanah Datar, menerima hadiah.

3) BENGKEL PENULISAN BUKU KANAK-KANAK PEN-NAMINARA 2016

Bengkel silang budaya yang pertama melibatkan kedua-dua buah negara dikendalikan pada 25 hingga 29 November 2016. Objektifnya adalah untuk merangsang kreativiti peserta hingga berupaya berdaya saing di peringkat antarabangsa, Sebanyak 23 orang peserta terdiri daripada penulis, ilustrator dan urus setia mengikuti beberapa siri taklimat/mesyuarat dan latihan. Pembimbing ialah Encik Mohd.Yusof Ismail (Yusof Gajah) dan Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin.

Pada 23 April, Bengkel Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-kanak (sehari) di SMAP, Labu berjaya dilaksanakan. Selepas itu peserta menghadiri beberapa siri  taklimat dan proses pemantapan karya sebelum berangkat.


                     Ahli Jawatankuasa bermesyuarat di Pulau Nami pada 19 hingga 23 Mei 2016

 Rombongan PEN disambut dengan meriah. 
Sebidang kain rentang yang membangkitkan semangat di gapura Pulau Nami, menyerlah!


Semasa sesi pertukaran cenderamata, PEN menyampaikan
lebih 40 buah karya ahli dan cenderamata darihal Negeri Sembilan.


 Taklimat dan proses pemantapan karya di Pulau Nami.


KEGIATAN LAIN

* BULAN BAHASA KEBANGSAAN

PEN menganggotai Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan. Pada 6 Disember PEN dengan kerjasasama DBP dan BTPNS menganjurkan  Wacana Ilmu: Persediaan Menulis Buku Kanak-kanak.

~  PEN menyediakan skrip soalan Kuiz Bahasa dan Sastera untuk siaran di Negeri FM (Jabatan Penyiaran).


* PESTA BUKU JEMPOL-JELEBU

PEN terlibat menganjurkan kegiatan bahasa dan persuratan seperti diskusi, ceramah dan bimbingan penulisan kreatif, bersempena dengan pesta ini.  Pada tahun 2016, berlangsung Dialong Penulis dan pada tahun 2017 telah dianjurkan Bengkel Penulisan Puisi Dewan Siswa dalam kalangan pelajar di kedua-dua daerah tersebut.


*  SAYEMBARA DEKLAMASI HARI KEBANGSAAN

 PEN sebagai badan kerabat GAPENA diberi mandat menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan saban tahu, dengan kerjasama DBP dan jabatan lain.


* SARI BAHASA

Rancangan bimbingan bahasa Melayu ke udara di NegeriFM pada hari Isnin hingga Khamis. Cogan kata rancangan ialah "Betulkan yang Biasa dan Biasakan yang Betul".

* RANCANGAN PANTUN BERJAWAP, RANCANGAN SASTERA, ULASAN LAGU

Rancangan  bahasa dan persuratan yang di atas pernah berkumandang di radio NegeriFM.


Sesungguhnya, PEN amat menghargai pengorbanan, sumbangan dan kerjasama yang amat erat daripada YAB  Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Semangat dan keprihatinan beliau menyuntik serta mendorong sifat berdaya juang unyuk berkarya, dalam kalangan ahli serta warga Negeri Sembilan. Sepanjang pentadbiran beliau, telah berlangsung lima kali Majlis Anugerah Sastera iaitu pada tahun 2004, 2005, 2007, 2015 dan 2017.

Selain itu, PEN tidak lupa akan jasa semua yang turut menyemarakkan bantuan nan pelbagai kaedah dan bentuk kepada PEN selama ini. Ketua-ketua Jabatan, Dewan Bahasa dan Pustaka, GAPENA, pihak sawasta, individu serta para ahli turut menitipkan sumbangan sehingga PEN terpilih untuk menerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2017 ini.

Sutera putih tudung peribadi,
      Puteri Rani menyanyi  di taman;
Terima kasih daun keladi,
      Budi mewangi berzaman-zaman.

"Mendidik dan Memugar Bahasa, Sastera dan Budaya Bangsa"



Nukilan,
Ketua Satu PEN.
Khamis, 25 Rabiulawal 1439H/ 14 Disember 2017.

Wednesday, November 15, 2017

Majlis Anugera Sastera dan Media Negeri Sembilan 2017

MAJLIS ANUGERAH SASTERA DAN MEDIA NEGERI SEMBILAN 2017
Perasmian: YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan,
Menteri Besar Negeri Sembilan.
1 November 2017 (Rabu), di Klana Resort, Seremban.


Tokoh yang amat cakna akan kepentingan sastera dan media dalam membantu pembangunan masyarakat. Di bawah kepimpinan beliau, telah berlangsung lima kali majlis Anugerah Sastera
iaitu pada tahun 2004, 2005, 2007, 2015 dan 2017.
Alhamdulillah! Terima kasih YAB Menteri Besar dan semua yang terlibat.



Keratan daripada akhbar "Sinar Harian"



Dari kiri: YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin,
YBhg. Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, YAB Menteri Besar,
YBhg. Profesor Dr. Zakaria Ali, YB Dato' Seri Hj.Mat Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan NS




 Dr. Khairil Idham bin Ismail


 Puan Nisah Haron




Puan Siti Jasmina Ibrahim


Puan Juriati Jalil


 Puan Ratna Laila Shahidin




Puan Zalila Isa


Isteri Allahyarham Profesor Norhalim Ibrahim



Pemenang bersama-sama AJK.
Dari kiri: Puan Zakiah Isa, Encik Yusof Gajah, Dr. Khairil Idham Ismail,
 Hajah Mahaya Mohd.Yassin, YBhg. Dati Hajah Sabarriah Shukur, 
Puan Nisah Haron dan Dr. Hayatie Abd. Rahman (Panel Penilai)




Dari kiri: YBhg. Datuk Ahmad Tarmimi Sarigar, Encik Roslan Madon, 
Puan Nen Tebabo (Negerifm), Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin,
Puan Zalila Isa, YBhg. Datin Fauziah, YBhg. Dato' Rahman bin Shaari,
Encik Mohd. Radzi Omar (Pengarah JKKNS)



PETIKAN UCAPAN MENTERI BESAR



Turut dilancarkan - Hasil karya kreatif guru dan murid "Inspirasi Za'ba"




Bersama-sama tetamu khas.