Monday, March 12, 2018

JAWATANKUASA PEN 2018-2019

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) telah dilaksanakan hari ini, 10 Mac 2018 (Sabtu) di Dewan Seminar Za'ba, JKKNNS.

~ Perkongsian Bestari mengetengahkan ulasan "Buku" kumpulan puisi kanak-kanak oleh Mahaya Mohd.Yassin oleh Prof Madya Dr. Ani Omar.
~ Ulasan kedua berdasarkan antologi puisi "Monolog Alam" pula oleh Dr. Wan Zaliha Wan Othman.
~ Tuan Haji Hamzah Hamdani (Setiausaha Satu GAPENA
yang kini di Sabah, membicarakan hal Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Ulasan beliau disampaikan oleh Encik Faizal Said.

~ Acara santai minda sambil memercikkan ilham dan motivasi ialah Pelancaran 12 karya baharu PEN.


~ Acara yang dinanti-nantikan ialah penyampaian ucaptama dan perasmian majlis oleh Prof. Dr. Zakaria Ali, Sasterawan Negeri Sembilan. Bicara beliau berkaitan dengan "Tulisan Bernas" menjanakan kesedaran dan semangat agar penulis berkarya berasaskan kebernasan, "clarity".


~ Keputusan Mesyuarat Agung ke-41
Ketua Satu: Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin.
Ketua Dua: Tuan Haji Zaid Md Saman
Setiausaha Satu YBhg. Dato' Hajah Sabarriah Shukur
Setiausaha Dua: Dr. Norhana Bt Bakhary
Bendahari: Cik Norziati Rosman
Ahli Jawatankuasa:
Prof. Madya Dr. Ani Omar.
Encik Faizal Said.
Puan Zalila Isa
Puan Noorhazlin Yahya
Encik Yusof Gajah
Dr. Khairil Idham Ismail
Puan Nor Azah Abd. Aziz.
Puan Juarina Hassan.

Pemeriksa Kira-kira:
Puan Siti Salbiah @ Tiras Raduan
Puan Norazlina Othman.


~Kepada AJK dan semua yang membantu dari dahulu, kini dan akan datang, terima kasih seikhlas hati kerana berkorban untuk bersama-sama PEN dalam memartabatkan bahasa dan persuratan bangsa.

~Semoga semua usaha kita berbuah menjadi dakwah dan ibadah. Insya-Allah.

Mahaya Mohd.Yassin,
Sabtu, 22 Jamadilakhir 1439H/10 Mac 2018

No comments: