Wednesday, February 05, 2014

Dialog Penulis Muda, Bicara Tokoh & Mesyuarat Agung PEN ke-37

Dengan sukacitanya Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) akan menganjurkan program tiga serangkai bersempena dengan Mesyuarat Agung PEN ke-37.
  • 8 Februari 2014 (Sabtu)
  • 8.30 pagi
  • Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu), Negeri Sembilan. 


1. Dialog Penulis Muda

Tema : "Yang Veteran dan Muda Sama-sama Disayangi"

Negeri Sembilan masih belum ketandusan penulis-penulis angkatan baharu. Selepas Mahaya Mohd Yassin, Nisah Haron - Pengarang, Siti Jasmina Ibrahim; telah kukuh bertapak nama-nama seperti Amiza Khusyri Yusof, Syarifah Salha Syed Ahmad, Azzah Abdul Rahman, Norziati Mohd Rosman dan Ida Munira Abu Bakar aktif menghasilkan karya di persada penulisan kreatif.

Kini, nama-nama seperti Zalila Isa, Khairil Idham Ismail, Zalisa Maz, Wafa Aula dan Zulkifli Rayyan harus diberikan perhatian yang bukan sedikit.

Temui sebahagian daripada mereka di dalam Dialog Penulis Muda Negeri Sembilan yang akan diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung PEN ke-37.

* Nota : sekiranya ada lagi nama-nama penulis muda Negeri Sembilan yang tidak tersenarai, mohon maklumkan kepada saya.

Penulis muda Negeri Sembilan :
- usia bawah 35 tahun
- lahir di Negeri Sembilan; atau
ibu atau bapanya lahir di Negeri Sembilan; atau
lahir di negeri lain tetapi telah bermastautin di Negeri Sembilan
- telah menghasilkan karya kreatif (terbit di media)





2. Bicara Tokoh



Pembicara : Encik Siri Neng Buah Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup UNESCOBidang : Penggiat dan Pakar Rujuk Adat Budaya

Topik : Sastera dan Budaya 

Latar belakang tokoh : 

Kepekaan beliau ke arah ini menjadikan beliau seorang yang mempunyai pengetahuan luas seumpama  gedung ilmu bergerak berkaitan budaya masyarakat di Malaysia. Kepakaran beliau tidak disangkal terutama di dalam ilmu perdalangan wayang kulit Siam Kelantan, menora, gendang Siam (klong yau), adat istiadat masyarakat Siam, adat istiadat masyarakat Melayu, kesusasteraan Melayu dan sebagainya. Pengetahuan luas beliau turut melangkaui kebudayaan masyarakatnya kerana arif mengenai kebudayaan masyarakat Melayu seperti Mak Yong, dikir barat, main peteri, bageh, permainan tradisi seperti wau bulan, gasing uri dan lain-lain lagi.


Kepakaran yang dimiliki membolehkan beliau kerap diundang oleh pelbagai agensi dan institusi untuk memberi ceramah  dalam bidang kebudayaan dan kesenian tradisional.  Beliau sering dilantik sebagai moderator dalam aktiviti ilmiah berkaitan kesenian tradisional.  Kini beliau merupakan pakar rujuk tetap Ensaiklopedia Tradisi Lisan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumbangan beliau amat besar kearah memartabatkan khazanah negara.  Beliau merupakan pencetus program “Pesta Citrawarna” yang kini menjadi acara tahunan negara.   Pesta ini berjaya mempromosi seluruh kebudayaan masyarakat Malaysia dimana penganjuran pertama diadakan pada tahun 1999.
- sumber : Jabatan Warisan Negara


3. Mesyuarat Agung PEN ke-37
Ahli-ahli PEN diundang untuk menyemarakkan lagi majlis Mesyuarat Agung PEN yang ke-37 ini. Tahun ini merupakan tahun pemilihan ahli-ahli jawatankuasa.

Jemput hadir ke Dewan Besar SMAP Labu bagi memeriahkan lagi majlis ilmu.
Jualan buku turut diadakan.