Friday, May 31, 2013

Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dengan sukacitanya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pengurniaan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) kepada Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

PEN juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sasterawan Negara Baha Zain, SN ke-12 kita.

Saturday, May 18, 2013

MAKLUMAN PENTING  UNTUK TINDAKAN SEGERA
(Ahli PEN)

1.  Dana Penulis. 
Karya terbitan 2013 layak dimajukan kepada Perpustakaan Negara untuk pertimbangan dana penulis. Ahli PEN yang ada karya baharu, sila hubungi saaya atau  tinggalkan pesanan di pm saya segera.

2. Jemputan
a)Bicara Karya Baha Zain,
22 Mei 2013, Rabu (9.00 pagi - 12.30 tengah hari) di DBP. Ucap Utama oleh YBhg. SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh. Pengesahan kehadiran- Puan Nor Atikah Buang 03-21482892

b) Program Bicara Ilmiah Adat: Adat Perpatih dan Adat Temenggung;  Transformasi ke Arah Keutuhan Bangsa,
23 Mei 2013, Khamis (8.30 pagi - 1.00 tengah hari) di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan, Seremban. Panel/moderator - Prof. datuk Dr. Samsul Amri, YBhg. Dato' Wira Dr. Abdul Latif Abu Bakar dan YBhg.Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah. Pengesahan kehadiran; 03-7676793

3. Dialog Borneo-Kalimantan 11
Tarikh: 27-29 Jun 2013 di Wilayah Persekutuan Labuan, anjuran GAPENA, PERWILA dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah, KPKK Perbadanan Labuan dan JPWPL
Penginapan disediakan, pengangkutan sendirian berhad. Yang berminat, mohon hubungi saya segera.


Sunday, May 12, 2013

MAJLIS PELANCARAN BUKU ELEKTRONIK

Jemputan untuk semua
penulis dan pelukis, AJK PEN, ahli PEN,
pendidik, penulis, penggiat bahasa, sastera dan budaya, sarjana, peminat dan pencinta ilmu,.


Majlis Pelancaran Buku Elektronik 'Koleksi Karya Negeri Sembilan'
dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
(sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan)

Tarikh:   17 Mei 2013 (Jumaat)
Masa:     11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat:  Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan
Tamu:     YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan,
Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan merangkap Ketua Dua GAPENA

'Koleksi Karya Negeri Sembilan' menghimpunkan karya-karya penulis Negeri Sembilan.
Pelancaran karya kreatif yang menasik hasil Bengkel Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-kanak (anjuran KB, PEN dan Galeri Yusof Gajah, 2012 di Seremban)

Bawalah keluarga anda bersama-sama.

Bahasa dan Sastera berpisah tiada!
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya!