Monday, February 18, 2013

Jemputan Terkini

Program Pengkisahan Sejarah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam NS
Tajuk:  Institusi Diraja: Adat dan Protokol
Tempat:  Hotel Sutra, Seremban 2
Tarikh: 21 Februari 2013 (Khamis), jam 8.30 pagi

Sunday, February 17, 2013


Pertama, kita lafazkan alhamdulillah,
Majlis kita diperkenankan Allah,
Semoga semua memanfaatkan wadah,
Kegiatan kita biarlah sebagai ibadah.

Bicara Karya perbincangan murni,
Veteran dan muda saling berkongsi,
Bahasa dan sastera wangian nubari,
Menyemarak bakat dan jati diri.

Mesyuarat  Agung ke-36 pula,
Diserikan Majlis Bersama-sama GAPENA,
Pertemuan dari mata turun ke sukma,
Insya-Allah, mantap dan kental institusi kita.

Aduhai hadirin yang memeriahkan acara,
Tetamu, penulis, pendidik & ahli semua,
Sekalung tahniah dan terima kasih jua,
Budi terpahat berabad lama.

Kepada pembicara yang bijak bestari,
Terima kasih daun keladi,
Pencerahan berkualiti amat dihargai,
Meningkatkan ilmu dan kemahiran kami.

Tuan Pengarah dan para sahabat di Raja Melewar,
Budi kalian semerbak mekar,
Membantu PEN ‘tika senang dan sukar,
Semoga jalinan mesra dan tekal.

Media & AJK PEN tidak dilupakan,
Budi disemai segunung intan,
Kerjasama erat semoga berkekalan,
Kita membina generasi jempolan.

Sekilas Bicara berundur diri,
Mohon maaf atas kekurangan kami,
Yang baik sebar-sebarkanlah nanti,
Yang kurang tinggalkanlah di sini.

Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik walhidayah
Assalamualaikum warahmatullah.

MAHAYA MOHD.YASSIN 
Ketua Satu
(Mesyuarat Agung PEN ke-36. 17 Feb.2013, di IPRM)

Friday, February 15, 2013

Tuesday, February 12, 2013

JEMPUTAN DBP

WACANA PERPADUAN UMMAH
19 Februari 2013 (Selasa) jam 9.30 pagi - 5.00 petang
di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP
Pengisian: Titah Diraja ~  DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan,
          Raja Dr. Nazrin Shah bin Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
 & Forum Perpaduan Ummah.
Panel: YBhg. Tan Sri Dato' Seri Arshad Ayub
           YBhg. Prof. Dato' Dr. Sidek Baba
           YBhg. Encik Anas Zubedy
Moderator: YBhg. Dato' Seri Mohd. Annuar Zaini

Pertanyaan ~ En. Ridzwan Ismail 03-21482960/Pn.Rohani Hashim 03-21483203

Monday, February 11, 2013

JEMPUTAN TERBAHARU!

Ceramah Penerbitan Buku Kanak-kanak dan Remaja DBP

Tarikh:  14 Februari 2013 (Khamis) jam 9.30 pagi
Tempat: Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara DBP
Tajuk: Memartabatkan Karya Kanak-kanak Tempatan ke Peringkat Antarabangsa
Penyampai: Encik Ahmad Reza Ahmad Khairuddin,
                    Persiden The International Board on Books for Young People (IBBY)

Keterangan Lanjut: Puan Marsilawati 03-21482082/ Puan Azihani 03-21485276

Sunday, February 03, 2013

Jemputan

Mesyuarat Agung PEN ke-36, Bicara Karya dan Dialog GAPENA Bersama-sama Kerabat.

.