Tuesday, October 23, 2012

Memoir Kuasa Kata - dalam Berita Harian


Laporan majlis Bicara Karya "Kuasa Kata" yang berlangsung di Balai Kerapatan, IPG Kampus Raja Melewar di dalam Berita Harian 24 Oktober 2012.



Dapatkan buku "Kuasa Kata" dari Ujana Ilmu.

Friday, October 19, 2012

Jemputan Pameran Bulan Bahasa

Surat Jemputan ~ Ketua Satu dan seluruh ahli PEN
daripada: PPANS/608/17 (AKT) (... ), 16 Oktober 2012

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN  2012

Tarikh: 23 Oktober 2012 (Selasa). Jam 2.00 petang
Tempat: Bilik Taklimat UMNO, Badan Perhubungan UMNO, Wisma UMNO
Perasmi: YB Dato' Haji Mohamad Razi bin Haji Kail

Thursday, October 18, 2012

Majlis Bicara Karya ~ Kuasa Kata: dari lisan mengalir ke lautan aksara

Acara Pelancaran Majlis Bicara Karya: Kami mencipta kelainan dalam majlis bahasa-sastera ini. Kedua-dua tokoh menggunting riben yang mengikat gantungan. Kemudian Prof. Rahman Shaari memestamukan sajak beliau 'Sahabat' dan Prof. Dr. Teo Kok Seong menitipkan pesanan peri pentingnya memartabatkan bahasa Melayu yang tulen. 

 Majlis Bicara Karya. Kiri sekali Prof. Rahman, "Langkahan Mahaya yang mengilhamkan" mengupas hal Mahaya sebagai pendidik dan penulis. Puan Nisah Haron, Pengerusi yang rancak dan cekap. Prof.Dr. Teo hal penglibatan Mahaya dalam Munsyi Dewan dan Sari Bahasa serta peranan setiap warga dalam mengangkasakan bahasa Melayu. Kanan, Puan Nor Azah Aziz, editor yang banyak pengalaman, berkongsi hal penerbitan yang patut diketahui oleh semua, terutama golongan penulis.

Prof. Rahman yang telah menghafaz lebih 400 buah puisi. Prof Teo yang menyerlah dalam bidang perjuangan bahasa Melayu. Mereka berdua sahabat dan guru saya sejak 1979. Panel seronok menjawab lebih 12 soalan daripada khalayak.

Khalayak yang bersemangat terdiri daripada tokoh penulis (Dr. Ibrahim Ghafar dan Tuan Ismas Saring dari Selangor), budayawan, golongan ilmuan, tokoh adat, wakil ketua jabatan, pendidik, rakan semaktab 43 tahun yang lalu, bekas pelatih, siwa/siswi UPSI, pelatih IPG Kampus Raja Melewar dan pelajar sekolah. Hadirin mencecah 530 orang!

Thursday, October 11, 2012

Undangan

WACANA  ZA'BA
sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 Peringkat Negeri Sembilan

Tarikh:    12 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa:       8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat:   Dewan Theatrette, Wisma Negeri
Tokoh:     YBhg. Kolonel Prof.Dato' Dr. Kamaruddin bin Kachar
                YBhg. Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin


Sunday, October 07, 2012

KUIZ BAHASA DAN SASTERA
sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
Peringkat Negeri Sembilan 2012

Di mana?
Di Negeri FM

Bila?
Mulai 8 Oktober 2012 hingga akhir November 2012
setiap hari Isnin hingga Khamis selepas rancangan Sari Bahasa, pagi dan petang
SOALAN BONUS: hari Khamis petang!

Cara?
Jawapan melalui telefon sahaja

Hadiahnya?
Buku-buku (DBP)

Faedah penyertaan?
~ memantapkan penguasaan bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan kita
~ memartabatkan bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan kita
~ meningkatkan keyakinan diri
~ menerima buku-buku DBP yang berharga

Siapa penganjurnya?
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah,
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
dan Negeri FM

Majlis Bicara Karya: Kuasa Kata


Undangan PEN
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dengan penuh takzim diundang ke majlis ini. Kepada yang berminat untuk ikut serta, silalah maklumkan kehadiran dengan menghubungi Setiausaha Satu di talian 019 - 2543476. Terima kasih.

Thursday, October 04, 2012

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN (SDPK) 2012
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Tarikh:   13 Oktober 2012 (Sabtu)
               9.30 pagi: Pendaftaran
               10.00 pagi: Sayembara

Tempat: Anjung Komuniti 1 Malaysia, Peleggong, Seremban, Negeri Sembilan
Puisi:     daripada antologi Jamung Merdeka
Pendaftaran: Sebelum 10 Oktober 2012
Urus Setia: Jabatan Penerangan Negeri Sembilan 06-7639800

Tuesday, October 02, 2012

JEMPUTAN

MAJLIS BICARA KARYA~ 
KUASA KATA: DARI LISAN MENGALIR KE LAUTAN AKSARA
anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, IPG Kampus Raja Melewar dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)

Tarikh: 18 Oktober 2012 (Khamis, jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Balai Kerapatan IPG Kampus Raja Melewar, Seremban

Panel: i)   Prof. Dr. Teo Kok Seong
           ii)  Prof. Rahman Shaari
           iii) Puan Nor Azah Abd. Aziz (Editor)
           iv) Puan Mahaya Mohd.Yassin (Penulis)
Pengerusi: Puan Nisah Haron

*Yang berminat, sila sahkan kehadiran sebelum 10 Oktober: i) Datin Sabarriah 019-2543476 atau
                                                                                    ii) Puan Hajah Amanah  019-6558036


*****

PENGUMUMAN                                             
 
BENGKEL PENULISAN DAN ILUSTRASI KANAK-KANAK NEGERI SEMBILAN 2012
anjuran bersama Perbadanan Kota Buku, Yusof Gajah Lingard Literary Agency dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)

Tarikh: Siri Pertama ~ 16 hingga 18 November 2012
             Siri Kedua ~     7 hingga 9 Disember 2012


Tempat: Hotel Seri Malaysia, Seremban

Peserta yang mendaftar sehingga hari ini
1. Puan Norhana Bakhary
2. Dr. Ani Omar
3. Puan Noorhazlin Yahya
4. Encik Mohd. Khairil Hisham bin M. Ashari
5. Encik Mohd. Faizal Said
6  Encik Mohd.Yatim Marjiko
7. Cik Azzah Abd.Rahman
8. Cik Ifza Nor Mohd. Sharif
9. Puan Elis Rosliza Yahya
10. Dr. Faridah Nazir
11. Encik Muhammad Zulhelmi Roslan
12. Cik Nooramiza Zainol Abidin
13.Cik Muhammad Iqbal Rahamad