Monday, April 16, 2012

Wacana Ilmu: Dasar Bahasa Kebangsaan

Wacana Ilmu: 
Dasar Bahasa Kebangsaan Sebagai Salah Satu Tonggak Negara: Tuntutan Iltizam Kepada Warga Malaysia 
oleh YBhg Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

anjuran bersama 
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS)
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)

  • di Auditorium JKKN Negeri Sembilan
  • pada 3 Mei 2012 (Khamis)
  • pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Semua ahli PEN, Ahli Seumur Hidup, pencinta dan peminat bahasa dan sastera serta semua diundang sama.


Untuk pertanyaan dan pengesahan kehadiran, sila hubungi; Mahaya 012-3083965/ mahaya_es@hotmail.com atau Datin Sabarriah 019-2543476/sabarshukur@yahoo.com

Wednesday, April 04, 2012

Mesyuarat Agung GAPENA KE-41 & Hari Sastera Nasional XV

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka, Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, GAPENA, persatuan-persatuan penulis Melaka, pemakalah, tamu, peserta, petugas dan seluruh warga Melaka yang menjayakan Mesyuarat Agung GAPENA ke-41 (29 Mac -30 Mac) dan Hadiah Sastera Nasional XV (31 Mac - 1 April).

Melaka yang memang mencipta sejarahnya yang tersendiri termasuklah moto atau cogan kata negerinya yang luar biasa - "Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia", "Melaka Bandar Raya Warisan Dunia, UNESCO" dan "Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau".

Kedua-dua acara turut mencatat sejarah kerana berlangsung secara berurutan. Mesyuarat Agung GAPENA menyaksikan kepimpinannya beralih tangan. Ketua Satu yang baharu menggantikan tokoh berwibawa yang banyak berjasa, Tan Sri Ismail Husin ialah Datuk Wira Abdul Latif Bakar. Ketua Stua ialah datuk Zainal Abidin Borhan, Setiausaha Satu Borhan Md. Zain, Setiausaha Dua Osman Ibrahim, Bendahari Dr. Hashim Ismail. Jawatankuasa yang terpilih ialah Datuk Samad Maharuddin, Dr, Salleh Rahamad, Jasni Mat Lani, Datuk Mansor Abdullah dan Datuk Zainal Rashid Zahidi.

Hari Sastera kali ini dalam suasana yang gilang-gemilang, tepu dengan sesi percambahan fikiran dan gugahan perasaan. Majlis bacaan Yasin, perasmian dan penutupan, pembentangan kertas kerja, Pengucapan Puisi, Kenduri Sastera, termasuk menelusuri Sungai Melaka dan kenduri ikan bakar di Umbai.

Sepanjang perkampungan itu, akhbar Melaka Hari ini merakamkan kegiatan tersebut dengan meluas. Lebih 300 orang peserta dari Thailand, Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia sendiri pulang dengan fikiran dan kenangan untuk dicerna dengan matang. Apakah kesannya?

Mampukah majlis tersebut membuka mata pihak-pihak tertentu agar memartabatkan bahasa dan sastera dengan bersungguh-sungguh, demi pembinaan modal insan yang berilmu, berakhlak dan berjati diri? Tercabarkan pemikiran dan semangat golongan pelapis untuk meneruskan perjuangan ini agar terbina peradaban yang dihasratkan? Adakah 14 resolusi yang dikemukakan oleh GAPENA mendapat perhatian kerajaan dan pihak berwajib? Dan seribu lagi persoalan lain yang menerjah. Sesungguhnya, perjuangan baru bermula...