Saturday, November 26, 2011

Ucapan Ketua Satu sempena Majlis Penutupan Bengkel Penulisan Haiku; 26/11/11

Bersama-samalah kita panjatkan kesyukuran,
Kepada Allah yang mengizinkan pertemuan,
Bengkel haiku, pelancaran buku dan acara penutupan,
Semoga manfaat dapat kita kongsi-kongsikan.

Dewan Bahasa dan Pustaka pembiaya usaha,
JKKN penyedia tempat dan prasarananya,
Penceramah Leyla Shuri berkongsi pengalamannya,
Jawatankuasa dan peserta intim bekerjasama.

Hanya kalungan terima kasih yang mampu diberi,
Atas pengorbanan dan sumbangan murni,
Semoga jalinan tidak bernoktah di sini,
Dari semasa ke semasa kita tingkatkan lagi.

Meski kita berlainan institusi,
Tetap bersepadu visi dan misi,
Mendidik generasi agar berilmu tinggi,
Beriman, beramal duniawi dan ukhrawi.

Seleps ini peserta berkaryalah,
Gilaplah bakat agar menyerlah,
Antologi Haiku pasti diolah,
Terbitan terbaharu GSH ke-11.

Jika ada yang tersilap dan terkurang,
Jauh-jauh pohon disisihkan,
Yang baik-baik sahaja bawalah pulang,
Allah memberkati kehidupan tuan puan.

Alhamdulillah akhir bicara,
Terima kasih kepada tamu dan semua,
Semoga dilimpahi Allah peluang dan tenaga,
Kita teruskan ibadah dan dakwah sebaik-baiknya.

Mahaya Mohd.Yassin


Thursday, November 17, 2011

Bengkel Penulisan Haiku (puisi Jepun)

Sumber gambar di sini.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerasama Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) akan menganjurkan bengkel yang berikut:

Bengkel Penulisan Haiku (puisi Jepun)
pada 26 November 2011 (Sabtu), dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujung, Seremban.

Pembimbing: Puan Leyla Shuri (penulis kumpulan Haiku yang terkenal, menetap di Jepun)

Syarat
i) Penyertaan percuma, terhad kepada 15 orang peserta terawal sahaja
ii) Peserta benar-benar berminat
iii) Peserta mempunyai asas penulisan puisi
iv) Penganjur tidak menanggung kos perjalanan peserta
v) Peserta yang terpilih hendaklah menghasilkan karya dalam tempoh yang ditetapkan semasa bengkel nanti.

Pertanyaan; Sila hubungi Puan Hajah Mahaya Mohd.Yassin (06-6778359), e-mel mahaya_es@hotmail.com atau
YBhg Datin Sabarriah Shukur (06-6792597) e-mel sabarshukur@yahoo.com

Keratan Akhbar Berita Harian 17 November 2011 (Khamis) 

Monday, November 14, 2011

Acara Minggu Ini : 15 & 16 November 2011

Khusus kepada pengikut setia Laman Web Rasmi PEN, kami ingin berbahagi berita dan makluman :

PERTAMA -



KEDUA -

Forum “Kanak-kanak dan Buku”

16 November 2011 (Rabu)
9.30 hingga 11.30 pagi
Dewan Seminar, Tingkat 2,
Menara DBP

Moderator : Tuan Haji Shamsuddin (UPM)

Ahli panel :

  1. Prof. Madya Dr. Bustam Kamri (UMTECH)
  2. Puan Rafiza Abdul Rahman (Editor Kanan PTS One Sdn. Bhd.)
  3. Puan Mahaya Yassin (Penulis & Ketua Satu PEN)

Semua peminat sastera dipersilakan hadir. 

Tuesday, November 01, 2011

Selamat hari Raya Aidiladha 1432

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432, maaf zahir dan batin.

Makluman untuk tindakan ahli dan peminat.

1. Bengkel Penulisan Cerita Kanak-kanak (PEN & DBP), 12 & 13 November di PPANS.
2. Bengkel Penulisan Haiku (PEN & DBP) 26 November di JKKN NS, Seremban.

3. Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi Kedua (UPSI & PNM) pada 5 & 6 Disember 2011, di Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Keterangan lanjut sila hubungi 05-4505500/4505502

4. Majlis Bicara Karya Sastera Penulis Melaka (IPM & DBP) pada 12 November 2011 di PPAM, Melaka.

5. Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2011 (PENA dengan kerjasama ITNMB, DBP dan BTN) pada 16 - 18 Disember 2011. Keterangan lanjut sila hubungi En. Arif Mohamad; 019-3332294

6. Bengkel Penulisan Kritis (IPM & CAP, Pulau Pinang) pada 17 hingga 19 Disember 2011 di Umbai Melaka. Keterangan lanjut sila hubungi Hj. Razali Endun 019-6658064